Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu

Shoutbox

Artikel :: Umum

Gelagat Si budak Kansai


http://warungkampung.wordpress.com/2010/02/10/gelagat-si-budak-kansai/
Open in new window

Osaka, heart of Kansai (source: gigazine.jp)

Sepanjang aku berada di Jepun, ada satu ‘golongan’ orang Jepun yang amat menarik minat aku.

Orang Kansai.

Golongan orang Jepun yang unik. Lawak lagi sporting.

Pernah sekali aku berkenalan dengan seorang budak Kansai di summer school.

“Oh, kamu dari Osaka?!…Bang!” sambil buat isyarat tangan macam pistol ke arah dia.

Dengan selamba, dia buat reaksi kena tembak! Wow, dia memang betul orang Kansai! Baru saja berkenalan, tapi sporting abis!

Ya, style aku nak cek ‘keaslian’ dia ni orang Kansai ke tak ialah, tembak dia! Bukan kata tembak pistol, kalo buat-buat ‘belah’ dia dengan pisau katana pun dia akan layan buat-buat kena belah!

Awal-awal dulu, aku ‘was-was’ bila disebut di dalam TV yang bukan saja budak-budak, malah orang tua Kansai sekali pun, kalo di buat ala-ala tembak pistol atau belah pisau, mereka akan berlakon macam kena tembak/belah!

Tapi setakat ni sudah 2-3 orang Kansai aku sendiri dah ‘tembak’.

Semua ‘mati’.



Kepada mereka yang tak pernah dengar istilah orang Kansai, mereka ini adalah penduduk Jepun yang duduk di Kansai, kawasan di selatan-tengah kepulauan Honshu, di area Osaka, Kobe, Nara, Kyoto dan lain-lain. Mereka ini mempunyai loghat bahasa Jepun sendiri yang terkenal berbanding loghat lain, iaitu Kansai-ben. Macam loghat Kelantan di Malaysia jugak la. Tempat lain ada loghat juga, tapi loghat ini agak terkenal, dan tak ramai orang boleh faham!

Tersenyum aku sorang-sorang tengok gelagat diorang.

Agaknya kalo aku buat dekat orang K.L. camtu, mahu kena gelak aku.

Kalo buat kat Amerika pulak, aku akan di chop pengganas tak tentu pasal. (“Awak menunjukkan tanda-tanda ingin membuat keganasan. Sila ikut kami ke balai polis…”)

Itu satu karakter unik mereka. Sporting dan lawak. Bukan saja buat aksi yang aku sebut di atas, malah banyak lagi lawak basi yang diorang akan layan!

Pelik lagi ajaib. Diorang tak semestinya peramah, tapi sifat sporting tu ada. Bukan orang luar saja, orang Jepun lain pun pandang budaya ni satu budaya yang pelik.

Cuba tengok video clip di bawah pulak. Maaf kepada yang tak boleh faham bahasa Jepun, tapi hanya tengok gelagat mereka sudah cukup.

Tapi sebelum itu, aku perlu story kat korang tentang gelagat ‘layan lawak basi orang’ ni. Dalam bahasa Jepun, ia dipanggil noritsukkomi (ノリつっこみ). Bila ada orang budak lawak basi (contohnya bagi berus sabut untuk ganti mikrofon), diorang akan layan (cakap serius, kononnya memang betul-betul mikrofon).

Noritsukkomi, layan lawak basi orang lain, just for the fun of it. Dan disebabkan diorang layan tu yang jadi lawak! Memang kepakaran orang Kansai. Mari kita saksikan!

[Nota: Dari awal, noritsukkomi pasal mikrofon, tukar jadi berus sabut. Dari 1:30, noritsukkomi pasal handphone, tapi tukar guna terung. Dari 2:16, noritsukkomi yang sama, tapi kali ini kat Tokyo (bandar yang jauh dari Kansai). Tak menjadi! Dari 3:36, noritsukkomi pasal kamera, tapi tukar guna sejenis agar-agar.]



Tapi aku hairan kenapa orang bahagian Kansai saja yang perangai huha-huha macam ni. Pernah aku bertanya kat sensei aku.

“Kalo ikutkan sejarah, ketika Tokyo menjadi pusat pentadbiran, kawasan Kansai merupakan port perniagaan. Pekedai di sana nak tarik pelanggan kena banyak bercakap dan peramah. Mungkin bermula dari situ kot.”

Hm, logik juga.

Aku ada seorang member dari Osaka. Kalo dia ada asyik bergelak ketawa je kitorang. Dan menjadi satu challenge bagi aku untuk buat budak Kansai untuk gelak. They’ve heard it all. Memang lawak tu kena original/timing baik punya, baru diorang akan gelak. Tak semena-mena aku pulak yang puas sebab dapat buat diorang gelak.

Untuk birthday dia tahun lepas, kitorang belikan dia Mac book, sebab dia asyik sebut dia teringin nak beli Macbook. Tapi kitorang tak beli Macbook Apple tu (gile hape, baik beli untuk diri sendiri!), tapi buku kanak-kanak McDonald’s (sebab di Jepun diorang tak sebut McD bila bercakap pasal McDonald’s, tapi diorang sebut Mac. Jadi kitorang belilah ‘Mac’book untuk dia!)

Dia tergelak besar bila terima hadiah tu…
“Memang Macbook yang ni la yang aku nak!!”

Nice noritsukkomi!!! :)

P.S.: Kepada student Malaysia kat Jepun, kalo ada kawan Kansai, cuba try buat lawak-lawak kat atas. Menjadi sih!!

-y4ku24 l1k35 K4ns41 p30pl3!-

http://warungkampung.wordpress.com
<< Love for the Sake of Islam Kenapa Teknologi di Jepun Maju?? >>
Sponsors
API: Toolkit PM Email PDF Bookmark Print | RSS | RDF | ATOM
Copyright BroAdmin & IPIJ.info
 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.