Re: pemikiran politik kita
Posted by syahid_zul on 2006/10/3 13:08:38
WAalaikumussalam..(rasanya salam saudara diatas sangat2 ditujukan kpd saya..)
APA PEMIKIRAN POLITIK SAYA???Saya tercengang membaca soalan ini.Kerana dari dahulu saya diajar dan disyarahkan bahawa manusia takkan mampu memikirkan bagaimana cara mengawal sesama manusia tampa bimbingan wahyu.Kerana itu mana mungkin saya ada pemikiran politik yg lain selain dari apa yg tertulis dlm wahyu??DAn saya yakin semua yg ada disini mempunyai pemikiran politik sama.Cuma bagaimana ia diterjemahkan kpd pemahaman,amalan dan tindakan adalah berbeza2.ADalah amat tidak wajar menuduh org yg berfkir politik itu adalah kearah perolehan kuasa sebagai pemikiran yg tidak syumul.Apa lagi kalau ianya pandangan peribadi tampa hujjah2 yg jelas drp wahyu.SAya menerima kenyataan ini dan menganggap ia dari seorang yg tidak matang dlm perbicaraan perkara furu'.
Berkenaan isu politik saya memetik kata2 beberapa ulama
Ibnu Taimiyyah di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan: Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah.
Di dalam buku Ghiyas al-umam ditegaskan: Apabila menyempurnakan jenazah orang mati dikira sebagai fardu kifayah, maka mengendalikan urusan hidup mereka adalah lebih penting dan utama.... sesungguhnya Islam begitu sekali memerlukan kerajaan yang dapat berfungsi menegak dan memelihara agama, maka mewujudkan kerajaan Islam adalah sesuatu yang wajib untuk tujuan mengawal aqidah, mendirikan solat dan menghukum mereka yang meninggalkan rukun Islam, juga untuk tujuan mengawal negara, manusia dan kehormatan mereka (hudud) juga melakukan jihad, mendidik umat Islam, dan menegakkan sistem politik, ekonomi dan kebudayaan Islam. (Lihat Dr Mustafa Farghali: "Fi wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah")
Mengikut Al-Mawardi di dalam bukunya "Al-Ahkam al-Sultaniyyah" bahawa kerajaan Islam yang dikendalikan oleh khalifah selepas Rasulullah s.a.w. adalah berperanan menguruskan urusan umum negara yang melibatkan perkara agama dan dunia sebagai penyambung kepada tugas nabi.
Al-Mawardi seterusnya mendefinasikan tugas khalifah adalah memelihara agama dan menjalankan politik harian (Assiyasah al-dunia) dengan berasaskan agama.
ISunya ialah adakah boleh kita terjemahkan politik itu sbg proses pengambilalihan kuasa??
Merumuskan bahawa politik itu hanyalah proses pengambilalihan kuasa sahaja adalah sesuatu yg silap kerana politik islam itu sangat luas.Tetapi ramai yg tidak faham apabila membicarakan perihal negara islam(khilafah islamiyyah/daulah islamiyyah).Samada kita sedar atau tidak menubuhkan negara islam bukanlah rukun islam tetapi ianya WAJIB dan sbhagian dari fardhu kifayah.Oleh kerana ia fardhu kifayah kewajipan ini akan gugur dari semua rakyat bilamana ada kumpulan(parti) yang mewujudkannya.
Sekiranya tidak ada sesiapa yang mewujudkan atau berusaha ke arah itu, maka seluruh rakyat akan menanggung dosa (Dr Mustafa Farghali al-Shuqairi: Fi Wajh al-Muamarah `Ala Tatbiq al-Syariah al-Islamiyyah).
Kaedah hukum fiqh menyatakan mendirikan sesuatu yg wajib melainkan ada sesuatu yg sebelumnya dan ia menjadi wajib.(ayatnya pelik sket).Contohnya sembahyang itu wajib.Mengambil wudhu itu tidak wajib.Tetapi sebelum seseorang sembahyang mengambil wudhu itu menjadi wajib!!Begitu juga dgn negara islam.Menubuhkan negara islam itu wajib.Pengambilalihan kuasa(tampa menggunakan pedang-rujuk hadis:ambil alih kuasa dgn pedang adalah haram selagi mana pemerintah menunaikan solat)bukannya wajib.Oleh kerana kita perlukan kuasa sebelum menubuhkan negara islam maka ia menjadi wajib!!
Proses pengambilalihan kuasa hanyalah satu proses kearah penubuhan negara islam.Sehinggalah skrg saya masih tidak faham mengapa MFR masih tidak nampak keperluan "proses" ini dalam penubuhan negara islam.Pelik juga dgn saudara MFR,Jika tafsiran negara islam itu yg menjadi isu maka ia hanyalah biasa tetapi jika pengambilalihan kuasa itu yg menjadi isu maka ssh utk terangkan.Kerana tidak mungkin kita tidak memahami melainkan dlm pmikiran kita ada satu "cara lain" yg benar2 boleh dipraktikkan.
Saya menunggukan PEMIKIRAN POLITIK AGUNG dari MFR...saya tidak berniat utk fanatik thadap satu kaedah kearah negara islam,jika MFR ada kaedah yg lg sesuai sila nyatakan dan saya sudi menjadi org yg akan menolong demi kelansungan Urusan dakwah ini!!WasSAlaM
This Post was from: http://www.ipij.info/newbb/viewtopic.php?forum=14&topic_id=163&post_id=1518