Tktetkt,
Assalamu’alaikum, selamat datang dan selamat berforum di portal forum IPIJ.
……..
Ayat di salah ertiAyat ‘ana dhoif lagi hina’ itu sering digunakan untuk menunjukkan tanda rendah dan hinanya diri ini pada Allah SWT, Tuan Punya Dunia, Tuhan Segala Makhluk, Tuhan yang bersifatkan Maha Mulia dan Tuhan yang bersifatkan Maha Kaya. Tiada cacat cela disisiNya dan tiada mustahil bagiNya untuk lakukan sesuatu.
Jadi bilamana orang yang bercakap mahupun menulis menyedari akan hakikat dirinya sebenar, yang dhoif lagi hina disisi Allah, maka sikap takabbur, sikap menyombong diri dan sikap aku sahaja betul orang lain salah, dapat dijauhkan dengan izin Allah.
Sekian sahaja huraian ringkas tentang penggunaan ayat yang sudah disalah erti itu.
Note : orang alim juga sering menggunakan ayat ini dalam bayan, ceramah, tazkirah, atau ucapan mereka. Terutamanya mungkin dikalangan mereka yang mempunyai asas ilmu tasawuf. Wallahu’alam. (saya belum belajar lagi ilmu tasawuf)
Tulisan Tun Telanai. Sekiranya diambil keseluruhan tulisannya maka saya fikir tidak mendatangkan permasalahan tetapi sekiranya hanya mengambil bahagian-bahagian tertentu, ataupun ‘perkataan’ tertentu sahaja, itu mungkin mendatangkan banyak permasalahan.
Apapun selepas membaca tulisan Tun Telanai, saya secara keseluruhannya bersetuju dengannya. Terutamanya di bahagian ini,
Rasulullah s.a.w mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang bermaksud:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."Negara Islam ?Saya fikir sudah banyak dibincangkan oleh kalangan mereka yang ‘tahu’ lagi ‘faham’ akan situasi di Malaysia selama ini. Maka lebih eloklah disarankan agar saya, tuan hakeem dan orang lain yang turut mengikuti perbincangan ini membaca tulisan-tulisan mereka itu sendiri. Saya tidak mempunyai alat untuk bercakap maka lebih baik saya duduk diam sebagaimana sabda Nabi SAW, “….maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam…….” (HR Bukhari dan Muslim).
Pandangan Pensyarah Bersetuju dengan pandangan mereka. Persediaan minda melalui pendidikan,media dan suasana perlu dilakukan di samping sistem perundangan Islam perlu dijalankan secara bijaksana. Hal ini, insyaAllah Kelantan boleh dijadikan contoh. Boleh lihat bagaimana Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kerajaannya mengubah muzik tradisional dikir barat dari yang teruk kepada yang lebih baik, mengharamkan makyong yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan membiasakan rakyat dengan kuliah-kuliah agama dan hiburan-hiburan Islam dari perkara-perkara yang melaghokan.
Merendahkan martabat ?Tiada siapa yang cuba merendahkan martabat sesiapa di sini. Kecuali, si Saiful dan orang yang sewaktu dengannya cuba menjatuhkan maruah seseorang. Cuma diingatkan perlulah sama-sama meneliti sebetul-betulnya hadis yang dibawa oleh Tun Telanai di atas itu.
Perkembangan semasa yang lain.
DIKATAKAN sekarang ini di Malaysia wujud juga satu –ism yang dikenali sebagai Anwarism.
Note: ‘dikatakan’ itu membawa maksud berita itu tidak sahih dan masih memerlukan pemerhatian dan penyelidikkan.

This Post was from: http://www.ipij.info/newbb/viewtopic.php?forum=2&topic_id=433&post_id=4391