PengenalanMemandangkan sudah mula timbul keraguan daripada pengunjung portal ini mengenai apa sebenarnya ideologi yang saya cuba ingin perkenalkan,jadi di sini saya mengambil kesempatan ini untuk terus menghuraikannya.Tidak adil juga rasanya buat pengunjung lain,kerana berbicara dengan orang yang tidak diketahui jelas ideologinya.
Pada bulan yang lepas,saya telah mendapat email dari Presiden IPIJ,saudara Luqman Hakim,bertanyakan khabar saya,kerana kelihatan saya agak aktif dalam portal ini.Namun,untuk mengelakkan salah faham terhadapnya,saya dengan jelas telah menyatakan kepadanya,tujuan saya muncul di portal ini bukanlah untuk aktif berkecimpung dalam IPIJ,sebalik saya muncul dengan satu niat dan matlamat,untuk memperkenalkan satu ideologi,atau dalam bahasa lembutnya,"corak pemikiran" baru,yang sedang berkembang di seluruh dunia Islam,dan juga telah menyatakan,saya akan terus menarik diri dari aktif dalam portal ini sesudah target saya itu telah tercapai.
Dalam thread ini,saya dengan jelas,memperbezakan ideologi saya daripada yang lain.
Jadi apa dia sebenarnya ideologi itu?
Jika ditanyakan namanya,ideologi ini tidak ada sebarang nama khusus,sebab ia bukanlah ajaran sesat seperti sesetengah pegangan yang lain.
Dalam sejarah manusia,usaha penggabungan agama dan politik sudahpun berlaku lama,dan banyak kejayaan telah dicapai melaluinya.Dalam masa yang sama juga,berlaku usaha-usaha daripada anasir-anasir musuh Islam,yang terus menusup ke dalam politik Islam,untuk mengelirukan orang Islam,dan menghancurkan orang Islam.Contoh yang paling ketara adalah zaman kejatuhan Othmaniah di tangan Kamal Artartuk.
Namun semenjak lingkungan 60 tahun yang lepas ini,timbul satu usaha daripada golongan Islam untuk menggabungkan "agama dengan bidang pengkhususan".
Sejarahnya memang sangat muda,dan pada peringkat awalnya,tidak ramai yang mendorong usaha ini dengan serius,memandangkan tidak ramai yang nampak apa rasionalnya ideologi ini menggabungkan agama dan bidang pengkhususan,berbanding dengan usaha penggabungan agama dan politik,yang sudah lazim di serata dunia.
Namun,kejayaan terbaru Islamcic Finance,iaitu penggabungan agama dan ekonomi,telah membuktikan ke seluruh dunia,bahawa penggabungan agama dan pengkhususan adalah suatu yang rasional.Hasil dari kejayaan ini telah mendorong kepada perkembangan usaha gabungan agama dengan bidang-bidang lain,seperti agama dan makanan,iaitu Islamic Food,agama dan modern architecture,Islamic Modern Architecture,dan agama dan kejuruteraan,Islamic Engineeering,dan lain-lain.
Jika anda cuba cari nama-nama ini,semuanya masih belum ada nama khusus,sebab kebanyakannya masih diperingkat permulaan,kecuali Islami Finance yang telah pun berkembang ke seluruh dunia.
Sebagai contoh,usaha gabungan Islam dengan Kejuruteraan,telah mencetuskan idea Kereta Bercirikan Islam.Sila rujuk berita di bawaha:
Kereta Bercirikan Islam - BernamaWalaupun idea ini agak melucukan,dan ramai yang mentertawakannya,tetapi sebearnya ia menunjukkan usaha untuk menerapkan ciri agama ke dalam kejurteraan sudah pun sedia bermula.Islamic Finance juga pada peringkat awal begitu dipandang hina,kerana prosedurnya yang leceh,dan juga banyak sistem lain yang lebih menguntungkan golonga pengurus.Namun,sekarang betapa pentingnya bidang ini pada hari ini.Jadi,tidak mustahil Islamic Engineering juga akan menjadi satu bidang pengkhususan yang akan menjadi satu cabang ilmu yang penting di seluruh dunia.
Kejayaan Islamic Finance dikatakata datang daripada 2 sebab:
1)oil susilo
2)idelogi penggabungan agama dan bidang pengkhususan
Walau sejauh mana banyak material ada sekali pun,tanpa adanya folosofi yang kuat,sesuatu bidang tidak akan dapat bekembang maju.Kini,ideologi ini sudah pun tersebar luas di kalangan golongan professional seluruh dunia,terutama dikalangan pensyarah.
Satu ciri utama bagi mereka yang tertarik akan ideologi ini adalah,tidak suka terlibat dan berkecimpung dalam politik,tetapi ia tidaklah bermakna mereka ini tidak boleh berpolitik.Tetapi naluri mereka lebih suka menjauhkannya.
Ini kerana,kebiasaannya,bilamana mereka sudah aktif dengan mendalam dalam politik,akan berlaku pertembungan ideologi dengan akar umbi politik itu.
Di Malaysia,dahulunya begitu ramai sekali pensyarah yang terlibat dengan politik,samada BN,atau PAS,kerana pada masa itu,ideologi menggabungkan agama dan politik masih sedang hangat,tetapi kini kebanyakan mereka yang aktif itu lebih bersikap neutral,dan memilih untuk kembangkan Islam melalui bidang pengkhususan masing-masing.
Perkembangan ideologi ini sangat memberansangkan,sehingga golongan Yahudi sangat takut kepada ideologi ini.Bagi politik,mereka sudah lama mengkajinya,dan berbagai cara digunakan untuk menghalang Islam berkembang di bawah politik.Namun,ideologi gabungan agama dan bidang pengkhusussan merupakan suatu yang baru,dan mereka tidak menduga sama sekali ianya akan berkembang ke tahap sekarang.
Perkembangan Islamic Finance sudah tentu membuatkan mereka tidak senang hati,tetapi sampai sekarang tidak nampak usaha-usaha yang jelas untuk menyekat arus ini.Ini kerana bukan mereka tidak ingin menyekatnya,tetapi tidak tahu cara menyekatnya.Terkini yang paling hangat adalah berita mengenai usaha menerapkan Syariah Islam dalam undang-undang UK.
http://www.islamonline.net/servlet/Sa ... dium=rss&utm_campaign=rssIa menunjukkan bagaimana kerajaan terdesak dengan tersebar ideologi ini di UK sekarang,sehingga sudah ada seorang menteri dari kalangan Islam di sana.
Selain itu,baru-baru ini UK secara tiba-tiba mengeluarkan amaran "terrorist" bertahap tinggi kepada Dubai,sedangkan sehingga ke hari ini,tiada sebarang keganasan berlaku.Ini sebenarnya satu tipu muslihat mereka untuk merosakkan ekonomi Dubai,untuk menjauhkan pelancng dan pelabur.
Dan buat pertama kali dalam sejarah Hollywood,dia membuat perancangan untuk membina anak syarikat di luar U.S,iaitu di Dubai.Ini pula adalah dakyah mereka untuk merosakkan moral dan ahklak,serta melemahkan motivasi dan iman orang Islam di sekitar Timut Tengah,yang semakin kuat.Mungkin golongan politik di sana masih tidak anmpak akan usaha dakyah ini.
Dan jika dilihat pada internet pula,begitu banyak blog yang dibuka oleh musuh Islam,untuk menyebarkan amaran dan bahaya ideologi ini,serta mencampur adukkan yang "hak" dan "batin" untuk mengelirukan orang Islam.Kebetulan saya ada mengikuti salah satu perkembangan blog tersebut.
Bagitu banyak lagi usaha mereka untuk merosakkan ideologi ini,kerana mereka tahu mereka tidak terdaya untuk sekatnya melalui kuasa,ketenteraan dan juga media.
Selain mereka tidak tahu usaha menyekat ideologi ini,ideologi ini juga merupakan "lawan" kepada ideologi "sekularism" dan juga penyakit "sekularism",yang dibawa oleh mereka untuk merosakkan orang Islam.
Mungkin ideologi "sekularism" sudah biasa didengar oleh kebanyakan pengunjung,tetapi apakah pula penyakit "sekularism"?
Penyakit ini pertama kali diperkenalkan kepada saya oleh Ust Khairuzzaman (Uts KZ,seorang guru yang dipanggil gedung ilmu di sekolah saya) dan juga Ust Habin (seorang guru yang menamatkan pengajian ulum hadis di Timur Tengah) melalui kuliah-kuliah mereka "melawan sekularisma".Apa yang sangat menarik perhatian saya ketika itu adalah,mereka menerangkan bagaimana bahayanya penyakit "sekularisma" ini,dan bagaimana pula bahayanya kepada Malaysia,yang sudah pun dilanda penyakit ini.
Bila saya buca membawa topik ini dalam perbincangan bersama pensyarah lain,rupanya perkara ini sudah pun diketahui mereka.
Berbeza dengan ideologi sekularisma,yang jelas di mata kita ingin mengasingkan hal-hal agama dengan urusan dunia,penyakit sekularisma dikatakan bahaya,kerana kebanyakannya tidak sedar akan penyakit ini.Secara ringkas,penyakit ini adalah "penyakit hati,yang suka menjauhkan diri daripada agama".
Jika di lihat di Malaysia,ia sudah cukup jelas,kebanyakan pemuda sudah pun dilandan penyakit ini.Barapa ramaikah pemuda pada hari ini,yang begitu rajin menyinggah di masjid,mendengar ceramah,dan solat jemaah.Kebanyakan yang memenuhi masjid adalah warga-warga tua,dan yang mengusahakan program masjid juga warga-warga tua.
Jika ideologi sekularisma ditanam oleh orang Yahudi,melalui politik yang dibawa oleh Kamal Artartuk,siapakah pula disebalik dakyah penyakit "sekularisma" ini?
Tidak lain,dan tidak bukan,orang Yahudi juga,melalui rancangan-rancangan hiburan TV yang sudah tiada sekatan kawalan.Bilamana hati manusia menginginkan terlalu banyak hiburan,secara langsung ia akan menjauhkah hati manusia dariapda ingat kepada urudan agama,kata kedua Ustaz saya.Tetapi di Malaysia,ia bertambah menjadi lebih bahaya,kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh salah seorang bekas Perdana Menteri kita berlandaskan penyakit ini.Ceramah di masjid perlukan permit,program agama perlukan kebenaran pihak atasan,agama semakin dipandang negatif dengan dikaitkan dengan bermacam perkara.Jika pelbagai sekatan dibuat ke atas golongan agama,bagaimana pula golongan muda yang masih dalam peringkat pembentukan akan tertarik hatinya kepada agama.Maka berlaku trend menjauhkan diri dari agama di kalangan pemuda.
Dan Pada hari ini,sudah banyak usaha dakwah dijalankan,samada dengan kaedah dakwah secara terus,atau kaedah moden,melalui internet,dan juga media.Namun,kenapa usahah-usahah dakwah ini masih tidak sampai kepada sebahagian besar golongan muda.Bukan kerana salah pendakwah,kaedah mereka tidak kreatif,bukan salah pendakwah,kaedahnya kuno,tetapi masalah itu datang daripada penyakit "sekularisma",kerana hati pemuda yang sudah berkarat,tidak mahu mencari info agama,dan juga diri mereka sendiri yang ingin menjauhkan dariapda urusan agama.Jika mereka sendiri menjauhkah diri,bagaimana usaha dakwah melalui media akan tersampai kepada mereka.Tetapi usaha menyesatkan memlalui hiburan terus menusuk ke dalam hati mereka.Hati semakin,hitam,dan terus hitam.
Baru-baru ini,ada yang pernah timbulkan dalam forum,"kenapa pelajar Jepun tidak suka menyertai program agama yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan di sini.Dan saya pernah nyatakan,itulah dia kesan penyakit "sekularsima".
Bak kata Ustaz KZ lagi,"untuk mewarnai kain putih dengan warna hijau sangat mudah,tetapi betapa susahnya ingin mewarnai kain putih yang sudah diwarnai hitam dengan warna hijau.Ia perlukan kepada satu medium untuk mencairkan dahulu warna hitam itu,untuk diwarnai semula dengan warna hijau".
Berbanding dengan zaman sebelum berkemabngannya IT pada zaman 60an,kini IT sudah jauh terkedepan,terutama media di bawah Yahudi.Dengan ini,lebih banyak penyakit "sekularisma" tersebar,dan lebih banyak yang dijangkiti penyakit ini.
Jadi,mungkin ada yang sudah dapat meneka,kenapa ideologi ini berlawanan kepada penyakit "sekularisma".Jika penyakit "sekularisma" ingin menjauhkan manusia daripada urusan ukhrawi,ideologi ini pula cuba mendekatkan manusia dengan ukhrawi melalui kaedah menggabungkan agama dan bidang pengkhususan.Jika penyakit ini menjauhkan manusia daripada ukhrawi secara tidak sedar,maka ideologi ini pula mendekatkan manusia kepada ukhwari secara tidak sedar.Tidak lain dan tidak bukan,"ubat" kepada "penyakit" ini.
Bak kata Ustaz lagi,"ubat kepada penyakit ini perlukan kepada dakwah yang lain dari yang lain,dalam jangka masa yang panjang".
Ideologi ini sebenarnya selaras dengan kaedah yang cuba dibawa oleh AKP.
Bak kata seorang Prof. yang saya pernah jumpa,dan berbual tentang penyakit "sekuarisma" ini,
"gaya AKP itu bukanlah satu-satunya cara melawan sekularisma,tetapi mungkin antara kaedah yang paling effektif"
Namun,bukanlah bermakna ideologi ini datang dari usaha AKP.Secara kebetulan,berlaku persamaan.
Begitulah dia sedikit perkenalan kepada ideologi ini.
Seperti yang saya nyatakan diawal,ideologi ini masih muda,dab baru berkembang di kalangan orang professioanl.Baru-baru ini,saya memberi khutbah mengenai "islamic finance" di masjid kawasan saya,dan alhamdulillah,mendapat sambutan begitu hangat daripada orang-orang Egpyt,Irag,Pakistan dan lain-lain,sehingga presiden persatuan di sini terus berjumpa saya selepas itu,meminta saya membuat summary text khutbah saya untuk diuploadkan dalam group.Ini kerana,masih ramai yang tidak tahu akan perkembangan ini.
Namun,ada juga yang masih tidak bersetuju dengan ideologi ini,terutama mereka dari kalangan "Tabligh",tetapi hari demi hari,ia semakin diterima mereka.
**tulisan di bawah adalah khas untuk thread ini**
Jadi,apa pula kaitan DSAI dengan ideologi ini,memandangkan saya begitu aktif mempromosikan beliau.Dan adakah ia ada kaitan dengan PKR?
Jawapannya ringkas:tidak ada kaitan sama sekali.
Kemungkinan besar,beliau juga tidak tahu berlakunya perkembangan ideologi seperti ini di tempat beliau tidak ketahui.
Ideologi ini pada asasnya sudah pun berbeza daripada ideologi yang menggabungkan agama dengan polotik.Jadi tidak ada sebarang halangan,jika mereka ini ingin menyertai mana-mana pertubuhan politik.
Segala perilaku saya dalam hal DSAI lebih kepada minat dari segi peribadi saya,dan juga sikap saya yang bencikan fitnah.
Namun,dalam kebanyakan pensyarah yang saya temui,walaupun bukanlah semua,kebanyaknnya tertarik kepada perjuangan DSAI secara tidak langsung.
Dalam satu perbualan bersama seorang Prof. lagi,dia menyatakan:
"dari segi keintektuan,Dr.Mahathir jauh lebih genius,dari segi kawarakan,Tn Hj Nik Aziz jauh lebih warak,jadi apa keistimewaan yang ada pada DSAI yang mearik ramai orang?Keistimewaannya adalah dia tidak menyekat kebangkitan golongan professional,tidak menghalang dakwah golongan alim.Ia memberi kebebasan kepada kita,dalam membangunkan segenap jenis bidang ilmu"
Jika diimbas kembali,bagaimana nama UIA dapat berkembang di mata dunia,semasa ianya di bawah pengawasan DSAI.
Ini secara tidak langsung bersusuaian dengan ideologi ini,yang datang dari ilham gabungan agama dan bidang pengkhususan.
Sikapnya juga secara tidak langsung cuba merapatkan urusan ukhrawi dan duniawi.Pada zaman 70an,semasa dia memegang jawatan Menteri Pendidikan,dialah yang telah mengubah pakaian seragam wanita pada hari ini,daripada pakaian skirt kepada baju kurung,dan kewujudan isterinya yang berpakaian tudung secara tidak langsung telah mewujudkan trend pemakaian baju kurung dan tudung.Jika ingin tahu sejarahnya,sila rujuk kepada ibu bapa anda sekalian.
Perkambangan ideologi ini langsung tiada halangan daripada kesan politik negara.Jika BN atau PKR,memerintah sekalipun,ianya tetap akan berkembang,tetapi dengan kadar yang sangat lembab,kerana pertubuhan ini bercorak sekularima.Jika PAS memerintah negara,ia lebih mudah berbanding 2 pertubuhan di atas,tetapi memerlukan masa untuk terangkan dan memahamkannya dari A-Z,supaya tidak timbul salah faham dikalangannya.
Tetapi jika DSAI,ia sendiri,walaupun dia tidak sedar,sudah terbiasa dengan aliran ini.Jadi kemungkinan ideologi ini dapat berkembang adalah lebih mudah.
Sebab itu saya suka menggunakan perkataan,"kami tompang atas perjuangannya",sebab dia sendiri langsung tidak tahu menahu ideologi ini,dan kami juga bukan memerlukan sebagai seorang yang wajib.
Satu lagi mungkin kelebihan yang menarik daripadanya adalah,kerana dia berada di medan perang politik.Seperti yang saya nyatakan di awal,kebanyakan mereka dari ideologi ini,semuanya lebih gemar menjauhkan diri daripada politik,kerana kebiasaannya akan berlaku ketidak sefahaman,namun terdapat seorang yang mempunyai corak pemikiran yang sama dengan ideologi ini dari kalangan orang politik,DSAI.
Sebab itu,kebanyakan seminar ekonomi,dan juga lain-lain seminar dari pelbagai bidang akademik di Timur Tengah,suka menjemput dia untuk turut serta dalam conference itu,walaupun bidang itu tidak ada kaitan langsung dengannya.
Jadi,sebenarnya,ideologi ini dengan DSAI,2 cabang yang berasingan,tetapi dipertemukan secara kebetulan.
Jadi kepada pengunjunga protal,sekiranya saya mempromosikan DSAI,jangan bimbang.Saya tidak ada niat mempromosikan parti pertubuhan.Semua orang bebas menyertai mana-mana pertubuhan.Jika saya tidak setuju dengan sesetengah pendapat,dan cuba memberi pandangan,itu juga bukan datang dari pengaruh pertubuhan,tetapi ianya datang dari ideologi ini,pada asasnya sudah berbeza daripada perjuangan yang berlandaskan kepada gabungan agama dan politik.Kedua-dua perjuangan agama+politk,dan agama+bidang pengkhususan,sebanarnya saling memerlukan.Tanpa adanya bidang pengkhuusan yang baik,negara tidak akan berkembang dengan baik,dan tanpa ada politik yang baik,ilmu pengkhususan juga tidak akan berkembang baik.Ketidak sefahaman yang berlaku itu adalah perkara biasa.
Pada tahun ini,saya lebih giat menyebarkan ideologi ini,yang masih kurang diketahui ramai,di masjid melalui khutbah,dan di internet,melalui penglibatan saya dalam beberapa forum dan blog.
Salah satu yang saya pilih adalah portal IPIJ ini,kebetulan ideanya tercetus sempena hari jadi saya yang ke-23 pada 4 April 2008.
Di mana?
Sudah tentulah thread "Sistem kewangan Islam" itu.(sila rujuk posting hari pertamanya yang bertairkh 4/4).Sudah tinggal 3 bab sahaja lagi untuk dihabiskan.
Jadi,usaha penyemaian benih ideologi ini sudahpun bermula 3 bulan yang lepas dalam portal ini,dan alhamdulillah,saya nampak ada juga benih-benih yang sudah mula bercambah.
Saya menyampaikan info ini,bukan untuk memaksa pengunjung untuk mengubah corak pemikiran dengan serta-merta,dan ia tidak perlukan kepada sebarang perubahan.Sekadar ingin memberitahu,kewujudan ideologi ini,yang sudah pun tersebar luas di seluruh dunia ini.
Kenapa saya memilih poratl IPIJ?
Mungkin ramai pelajar di Jepun kurang sedar,sebenarnya anda sekalian bukanlah pelajar biasa.Anda semua,bilamana pulang ke Malaysia,secara automatik akan tergolongan dalam golongan professional.Masyarakat akan memandang tinggi anda,dan anda juga sudah berkelayakan menjadi penjamin,sekiranya ada golongan muda mengemukakan surat perjanjian biasisiwa dan sebagainya.
Ingin diulang untuk kali terakhir,pengunjung bebas menyertai mana-mana pertubuhan.Gunalah masa muda anda sebaik-baiknya mencari pengalaman dan menimba ilmu.
Tetapi sekiranya usia telah lanjut sehingga 30an,40an,dan berlaku pertemuan pendapat yang kuat,dan terasa keseorangan,ingat-ingatlah,anda bukan keseorangan.Ramai golongan di sini,yang dahulunya dipinggir sisir,kini dihubungkan dengan ideologi ini.
InsyaAllah,walaupun bukan semua,saya yakin,saya akan berjumpa juga dengan beberapa orang dari kalangan pengunjung-pengunjung portal ini.
Sampai pada masa itu,selamat berjuang untuk semua warga IPIJ!
Saya,Muhammad Al-Hakim,pelajar daripada Universiti Osaka,telah membawakan anda informasi ini.
This Post was from: http://www.ipij.info/newbb/viewtopic.php?forum=2&topic_id=433&post_id=4398