Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu

Shoutbox

Report message:*
 

Re: pemikiran politik kita

Subject: Re: pemikiran politik kita
by MFR_STUDIO on 2006/10/3 15:51:50

sebelum saya meneruskan perbincangan ini saya ingin kepastian terhadap apa yang saya faham dari tulisan syahid zul.

apa yg saya faham dari tulisan saudara(saya kutip isi penting yg menjawab persoalan yg ditanya saya),

"saudara berfikiran bahawa politik islam luas.

merujuk kepada penubuhan negara islam.

mendirikan negara islam adalah satu perjuangan politik islam.

mendapatkan negara dari tangan pemerintah yang gagal laksanakan islam,adalah satu politik islam."

saya kira saudara tidak habis baca mukaddimah saya betul2...
telah saya tekankan bahawa politik itu bukan proses pengambilalihan kuasa semata-mata.Jika saudara juga menyatakan bahawa berfikir bahawa politik adalah proses pengambilalihan semata-mata adalah silap..maka kita berdua tiada keraguan lagi bahawa yang dikatakan politik itu suatu yang luas dan berteraskan ajaran islam yg syumul.

telah saya nyatakan bahawa saya (dengan pendapat peribadi-bukan hujah para ulama) berpendapat bahawa islam yang syumul yang tidak memisahkan ad din dan politik adalah bukan dengan mendirikan ad din dengan politik,sebaliknya membawa politik kepada ad din.

saya masih samar-samar jawapan saudara,walaubagaimanapun, saudara menjawab juga persoalan saya,iaitu apa yg saudara faham mengenai politik,maka saudara nyatakan bahawa pemikiran politik itu adalah dari apa yang tertulis di dalam wahyu.

kemudian saudara ada sentuh mengenai mengurus rakyat,kuasa memerintah,peranan khalifah,dan keperluan penubuhan negara islam. bererti bidang politik yang luas itu ditafsir dari sudut2 itu.

saya bersangka baik bahawa saudara belum habis menjelaskan pemikiran politik saudara.

kerana keluasan politik yang ditekankan oleh saudara tentunya tak berkisar pada sudut2 itu saja.

apa2 pun saudara menyamaertikan politik dengan kalimah arab as siasah. jadi saya menganggap saudara mentafsir maksud politik bererti as siasah.

mungkin saudara ibnubaytar selaku pakar bahasa arab boleh terangkan serba sedikit mengenai perkataan as siasah ini.

terima kasih dengan respon saudara.

cuma saya mahu ingatkan,apabila saya menyatakan ini merupakan pendapat peribadi saya,jangan cepat menduga saya tidak merujuk wahyu atau karangan ulama islam, dan jangan cepat menduga saya bercakap semberono secara tak matang.

saya ingin tekankan bahawa sesuatu itu adalah pendapat peribadi saya,agar jika salah pendirian dan pendapat saya,bukanlah ajaran islam itu yang salah atau buruk,tapi diri saya lah yang buruk kerana memahami wahyu dan didikan ulama secara salah.

sebelum saya menyatakan pendirian dan pemikiran politik saya, ingin saya tekankan bahawa rujukan utama saya ialah:

1)sirah baginda Rasulullah s.a.w
2)perjalanan hidup para sahabat,dan bagaimana sahabat menerima jawatan khalifah dan menunaikan amanah
3)perjalanan hidup para ulama yang bertaqwa,dan bagaimana mereka memandang jawatan,pangkat dan kuasa

beberapa tokoh yang kuat mempengaruhi saya(dalam isu politik)

1)rasulullah
2)para sahabat baginda yang masyhur
3)imam asy syafie
4)imam al ghazali
5)imam hassan al banna
6) salehuddin al ayyubi

sebarang pemahaman saya yang bercanggah dengan aspirasi ke enam-enam pihak di atas,silalah tegur diri saya.

saya akan kembali menerangkan pemikiran politik saya setelah saudara memberi respon pada kesimpulan dan pemahaman saya ke atas tulisan saudara. saya bimbang saya salah faham.jadi biarlah saya betul2 pasti dulu pemikiran saudara bagaimana.

wallahua'lam.