| Re: pemikiran politik kita |
Subject: Re: pemikiran politik kita by syahid_zul on 2006/10/4 13:37:34 Berkaitan dengan petikan kata2 ulama..Ingin saya melontar pertanyaan kpd saudara MFR,apakah perlu kita mentafsir kata2 ulama??Rasanya saudara MFR salah faham disini.Ulama' silam hingga ke hari ini bertungkus lumus mentafsir sirah nabi saw dan hadis2 nabi untuk kita ummat islam.APa kepentingan mentafsir apa yg telah ditafsir??Kerana itu saya berkali2 mengigatkan jangan sekali2 kita mentafsir sirah nabi bersendirian kerana kita bukannya ahli hadis @ulama dan makam kita belumpun sampai ke tahap itu.Kerana itu memetik kata2 ulama(kata2 ulama merujuk kpd tafsiran ulama terhadap sirah dan hadis2 nabi saw) Kemudiannya ada beberapa fakta yg saya kemukakan dipandang sepi oleh saudara MFR dan saya menganggap beliau sedang meneliti kesahihan fakta2 tersebut. Saudara ada menyebut ttg Quote:
prob yg wujud disini ialah "kegagalan menonjolkan kesyumulan".Sedarkan saudara MFR,imej syumul yg ingin ditonjolkan itu tidak mampu untuk ditonjolkan kerana kejakunan sistem kebebasan bersuara di malaysia??Kajilah apa yg berlaku di kelantan sebelum membuat apa2 kenyataan dan buatlah perbandingan antara kebenaran dan kebatilan.Jangan kita hanya membuat rumusan umum hanya setelah mendengar hujjah dr sebelah pihak..ianya terlalu tidak adil dan ianya menyalahi disiplin ilmu. Berkenaan dgn isu "perang"..berkali2 saya ingatkan jangan mentafsir sendiri sirah nabi.Kita tidak hafal semua hadis dan kelemahan sering wujud akibat drp kita bersikap tidak terbuka mendengar pendapat org lain.. Dalam sistem islam,islam tidak pernah memulakan perang tetapi sebelum berlakunya perang terdapat beberapa syarat yg perlu wujud untuk mengizinkan perang. 1)menghantar wakil kenegeri kuffar supaya mereka beriman kpd Allah 2)jika tidak mahu beriman,disuruh mereka(negara kuffar) membayar jizyah(kalau salah tlg betulkan) dan negara islam akan melindungi negara kuffar dr ancaman luar.TETAPI,dlm masa yg sama dakwah islam tidak boleh dihalang dr meresap kedalam negara kuffar tersebut 3)Perang...(ada etika2 perang dan perjanjian Geneva telah menciplak etika perang dr tamadun islam antaranya tidak membunuh kanak2,wanita dan orang tua,tidak memusnahkan rumah2 ibadat n sbg) Mengapa rasulullah menolak jawatan pemimpin setelah ditawarkan oleh quraisy??Ketika menawarkan pangkat tersebut,pemimpin quraisy ada mengenakan syarat iaitu rasulullah tidak dibenarkan menyebarkan dakwah islam lg.So,apa kepentingannya ada kuasa jika dakwah islamiyyah tidak boleh berjalan.Dan kerana itu rasulullah menolak jawatan tersebut.Ketika dimadinah,antara sebab rasulullah menerima jawatan pemimpin adalah kerana rasulullah bebas menyapaikan risalah islam dan membangunkan sebuah daulah islamiyyah dan membina kekuatan ummah disitu. Ketika di habsyah,raja habsyah mengizinkan org islam mengamalkan islam disitu tetapi mengapa rasulullah tidak berhijrah ke situ??Kerana raja habsyah dan pemimpin atasan habsyah xkan mungkin membenarkan rasulullah menyebarkan islam di habsyah! Saudara ada juga mengatakan yg ahli politik dlm parti islam mengejar kuasa.Kenalkan saudara dgn mereka ini?Sedangkan saya kenal beberapa org diantara mereka.Apabila mereka diamanahkan apa2 jawatan,mereka akan berishtighfar dan mereka menyatakan kalau bukan kerana demi perjuangan islam,maka mereka xkan menerima jawatan yg diberikan.Inilah insan2 yg lahir dr sistem pembinaan insan melalui usrah,majlis ilmu,kuliah agama dan sbgnya yg saya rasa saudara MFR tidak tahu ttg perkara ini.Sedarkah saudara MFR bagaimana org yg layak menjadi ahli dlm sesuatu jamaah islam?bacalah ayat ini:Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)Dalam blog saudara ada menyatakan yg saudara menolak silibus usrah yg disediakan oleh parti islam.Saya pun tahu ttg silibus usrah tersebut dan saya telah mengkaji dn jika saudara membaca dan membuat pertimbangan yg adil thadap silibus tersebut maka saudara xkan nampak sedikitpn usaha parti islam utk menyemai sikap kepartian dlm minda pelajar2 skolah.Silibus itu adalah diantara program parti islam dimana2 negara sekalipun utk membina muda mudi supaya faham agama dan tuntutannya.Tetapi ternyata mentaliti saudara masa itu juga dibayangi dgn slogan "politik-itu-kotor" tampa saudara cuba faham kebenarannya.Saudara terlalu tidak berlapang dada terhadap parti islam tersebut! Apabila saya membaca petikan Quote: lihatlah bagaimana abu bakar ,umar ketika menerima jawatan khalifah,mereka bukannya girang gembira seperti org politik menang pilihanraya,jawatan dan kuasa itu amanah yg berat. sangat berbeza dgn org yg berkejar-kejar mahu memerintah..mahu jd pemimpin. saya sudah mendapat tahu bahawa mentaliti saudara terlalu dibayangi oleh agenda media cetak dan elektronik yg menyembunyikan kebenaran.Jemaah yg berjuang diatas prinsip islam akan menadah doa meminta amanah yg diberikan akan dapat ditunaikan dgn sebaiknya. Secara tulus ingin saya katakan,terlalu banyak perkara yg masih saudara MFR tidak faham...buatlah kajian ttg jemaah islam di malaysia dgn tulus hati dan saya bersedia membantu meminjamkan buku2 atau apa shj yg termampu....wassalam! |