Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu

Shoutbox

Report message:*
 

Re: Sejarah Seakan Berulang Kembali !

Subject: Re: Sejarah Seakan Berulang Kembali !
by hakeem on 2008/7/8 1:47:58

Silakan tktettk....jgn segan2..

Betul kata2 tktettkk.Kita tidak boleh menafikannya 100%,namun bagi saya,orang yang asas agamanya kuat,dengan yang asas agama yang lemah,berbeza orangnya.

Adakah wajar saudara bandingkan seorang "pemimpin" dengan seorang "artis"?

Sama2 berdoa yang "hak",tetaplah "hak".

Quote:

Kisah 4 sahabat r.hum dan saidina Umar Abd Aziz yang dibawa oleh tuan Hakeem, dari fikiran saya yang dhoif lagi hina ini tidak dapat mengaitkannya dengan orang yang terlibat dalam kes ini.


Jangan begitu mudah merendahkan diri sampai tahap dhaif...atau Allah S.W.T akan makbulkan kata-kata Tuan...

Berkenaan definisi kata2 ujian dan bala,saya sangat bersetuju dengan pandangan ainohikari,dan sememangnya itulah yang saya harapkan orang lain faham,dan tidak begitu mudah menggunakan perkataan "bala" terhadap ujian yang menimpa seseorang.

Untuk pengetahuan ainohikari,definisi bala yang saya cuba bawa untuk pandangan Tuan,ianya datang daripada tulisan orang "alim" dari haluan Tuan,dan tidak sesekali datang dari saya.Saya sekadar mengguna pakai sahaja.

Tun Telanai

Tentang negara Islam.Saya ulas secara ringkas,

Kebetulan bapa saya bekas pensyarah di salah satu universiti di Malaysia,dan melaluinya,saya dapat banyak pandangan orang professioanl terhadap perjuangan negara Islam ini.Rata-rata pandangan mereka mengatakan ianya tidak relevan dalam situasi masyarakat sekarang,dan bukan yang berhormat seorang itu sahaja yang kurang bersetuju.Pada pendapat mereka,persediaan minda melalui pendidikan,media dan sebagainya,perlu dilakukan terlebih dahulu,supaya bukan non-muslim sahaja,tetapi muslim juga tidak akan dilanda "culture shock" nanti.

Jika perjuangan ala AKP dirasakan tidak sesuai di Malaysia,Tuan boleh tambahkan bacaan dalam penyakit "sekularisma" yang melanda Malaysia sekarang,dan cara-cara menangani serta melawannya.

Dan ingin ditegas kembali,saya bukanlah orang yang fanatik dengannya,dan agak keberatan,jika saya ingin menklasifikasikan dia "alim" atau "warak".Sekadar tompang atas perjuangan Islamnya.Sejauh mana Tuan merendahkan martabatnya pun saya tidak kisah,sebab saya ada ideologi saya tersendiri,yang disemai oleh ustaz-ustaz saya semasa di sekolah.melainkan jika Tuan melemparkan fitnah,sama seperti si biadap di sana,baru saya akan beri tindak balas sewajarnya.

Jika Tuan begitu taksub terhadap perjuangan negara Islam,saya ingin tanya apa pula pendapat Tuan terhadap Pak Lah,yang walaupun dibenci orang ramai kerana kelemahannya,dan juga ideologi Islam Hadharinya,tetapi niat untuk menjadikan Malaysia negara Islam itu tetap ada tersemai.Apa buktinya?"Malaysia Global Halal Product" itu adalah projeknya.

Saya sangat suka terhadap komen ainohikari ini,yang mengajak kita sama-sama berfikir dalam erti perjuangan kita.Walaupun berbeza pandangan,asasnya kerana semua sayangkan Islam.


Perkembangan semasa.

Nah.Kini mufti-mufti pula berbeda pendapat dalam persumpahan.Bersumpah bagaikan sudah tiada kualiti di masyarakat kita sekarang!