Browsing this Thread:
|
|
kisah-kisah muallaf |
||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
V.I.P
![]()
Joined:
2005/2/7 1:00 Group:
Registered Users Posts: 161
Level : 11
HP : 0 / 268
![]() |
Assalamualaikum warahmatullah
Di cni saya lampirkan kisah-kisah saudara-saudara baru kita tentang bagaimana mereka mengenali Islam dan seterusnya memilih jalan ini.Moga ianya dapat membantu kita lebih menghargai Islam yang mana kebanyakan menganuti Islam secara keturunan. KISAH 1: PENGARAH Unit Dakwah di Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, Muhammad Fitri Abdullah, 42, sejak tiga tahun lalu mempunyai ceritanya yang tersendiri tentang kisah pengislaman beliau. Berkongsi pengalaman silam beliau kira-kira 15 tahun lalu, kata anak kelahiran Banting, Selangor ini, dia tidak pernah menyangka pencariannya berhubung konsep keesaan Tuhan atau Tuhan Yang Satu yang ditemui dalam kitab-kitab lama agama Hindu, hanya terjawab dalam agama Islam. ![]() Itupun selepas hampir lapan tahun mencarinya dalam agama anutannya sendiri dan agama Kristian. Akui Pengerusi Perkim Cawangan Serendah ini lagi, pencarian agak panjang ini berpunca daripada sikap egonya yang enggan menerima kenyataan bahawa Islam mampu menjawab segala kemusykilan yang memberati diri. “Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Hindu. Hakikatnya, agama tersebut bukan sekadar ikutan kerana di samping disediakan guru oleh ibu bapa, saya sendiri belajar mendalami lagu-lagu dan muzik keagamaan Hindu. “Keseriusan ini sekali gus melayakkan saya menjadi pengajar serta penceramah seawal usia 19 tahun. Pembelajaran secara mendalam selok-belok agama ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya mengkaji kitab Veda. “Dari situlah saya temui konsep Keesaan Tuhan yang turut disebutkan di dalam kitab-kitab lain berbahasa Tamil. Pada masa itulah timbul persoalan dalaman dan kehendak membuak-buak untuk mencari Tuhan Yang Satu. Apatah lagi, perbuatan yang dilakukan selama ini bertentangan dengan konsep tersebut,” terang Muhammad Fitri yang juga merupakan Pendakwah sepenuh masa dengan Perkim sewaktu ditemui di ibu pejabat Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini. Meneruskan ceritanya, Muhammad Fitri yang juga merupakan Perunding Latihan sebuah syarikat kewangan Islam swasta di ibu kota berkata, pada usia 27 tahun semasa bekerja di sebuah bank di Petaling Jaya, Selangor, beliau pernah terdengar ceramah agama dalam rancangan Forum Perdana Ehwal pada Khamis malam Jumaat di Saluran 1, Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sayangnya, ceramah yang disampaikan oleh salah seorang panel itu iaitu Datuk Dr. Harun Din bukannya mengundang minatnya kepada Islam malah menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga. Ungkapan berbunyi: “Kalau niat baik, amalan baik, sentiasa bersedekah tetapi selagi dia tidak beriman, itu semua bukan dikira ibadah dan Allah tidak menerima amalannya.” “Telinga saya berdesing mendengar kata-kata itu. Ia satu kenyataan yang begitu provokasi. Perasaan marah, geram, kecewa silih berganti. Ungkapan itu berlegar-legar dalam fikiran saya. “Sebulan kemudian, saya terlihat kemalangan di mana mangsa menemui ajal. Pada saat itu, secara spontan ungkapan di atas muncul dalam kotak fikiran saya. Hakikatnya, semakin saya cuba melupakannya, semakin kerap ia hadir dalam fikiran. “Semenjak insiden itu, saya hilang konsentrasi kerana sering memikirkan hal tersebut. Saya cuba mencari alternatif iaitu dengan pergi ke gereja. Harapan saya mencari jawapan kepada Tuhan Yang Satu,” akui Muhammad Fitri. Tambah anak kelima daripada enam adik-beradik ini, dalam keadaan diri penuh persoalan yang belum terjawab, beliau pernah ditanya oleh pelanggannya, Haji Manab akan agama kepercayaannya. Secara berseloroh, balas Muhammad Fitri, “Saya belum Islam tetapi sedang mencari Tuhan dan belum berjumpa lagi.” “Saya langsung tidak terasa terkilan dengan pertanyaan itu kerana ucapan seperti alhamdulillah, bismillah, alhamdulillah dan insya-Allah sentiasa meniti di bibir saya. “Malah apabila dia mendengar jawapan saya, Haji Manab mengesyorkan agar saya pergi ke beberapa institusi agama seperti Islamic Outreach ABIM, Perkim dan Pusat Islam. Walau bagaimanapun, dia mempelawa saya bertema seorang tokoh agama yang baru pulang dari Mekah. “Lantaran itu, pada malam Jumaat, saya mengikutnya ke satu usrah yang diadakan di Seksyen 14, Petaling Jaya. Saya bersetuju bukan kerana untuk mencari jawapan yang selama ini membayangi fikiran tetapi sekadar menjaga hati pelanggan, tidak lebih daripada itu. “Semangat jemaah yang hadir sewaktu melaksanakan solat Maghrib bagai ada kuasa yang menarik untuk saya ikut serta solat berjemaah biarpun mengikutinya di saf paling belakang. Perbuatan mereka itu menunjukkan satu cara yang paling berdisiplin malah sepanjang majlis itu, amalan berzikir, bacaan Yasin begitu menarik hati saya. Selain, layanan tuan rumah, Haji Zain dan Hajah Seha membuatkan saya tidak rasa tersisih,” kata Muhammad Fitri mengakui usrah itu bukanlah yang terakhir dihadirinya tetapi menjadikannya salah seorang jemaah setia. Kupasan penceramah malam itu menerusi kitab, Dosa-dosa Besar yang dibeli di Mekah terutamanya menyentuh soal mensyirikkan Allah, seolah-olah ia ditujukan tepat kepadanya. Dua jam terasa begitu cepat berlalu malah beliau tidak pernah mendengar penerangan yang begitu teliti sekali gus menyedarkannya bahawa apa yang dipercayai selama ini terbukti salah. “Selesai beberapa siri usrah, saya berkeyakinan dengan agama yang baru dikenali ini. Lantas saya luahkan keinginan untuk memeluk agama Islam. Manab membawa saya berjumpa dengan penceramah itu di Universiti Kebangsaan Malaysia, tempat beliau mengajar. “Beliau menasihatkan saya agar pengislaman dilakukan pada malam usrah. Maka pada tarikh 8 Ogos 1991 sahlah saya bergelar Muslim. Kebetulan detik bersejarah itu adalah hari kelahiran saya yang ke-28. “Sehingga pada detik itu iaitu semasa berbuka puasa apabila saya berbuka bersama insan istimewa yang mengislamkan saya barulah saya teringat kembali orang yang membuat ungkapan provokasi satu masa dahulu, itu sebenarnya adalah Harun Din yang berada di depan mata saya,” terangnya bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai cabaran bila sahaja bergelar mualaf. Muhammad Fitri yang mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan keluarga angkat, Nazreen Kamal Basha, 30, kini diceriakan dengan kehadiran empat cahaya mata; Najwa, 9, Muhammad Abdurahman, 8, Abdurrahim, 5 dan Sumayyah, setahun. Ditanya bagaimana beliau berhadapan dengan reaksi keluarga selepas pengislaman, katanya, seminggu sebelum memeluk Islam beliau pernah berbohong kepada ibu memberitahu dirinya sudah Islam. “Pada masa itu, saya hanya hendak menguji sejauh mana penerimaan mereka. Reaksi awal ibu ialah dia kecewa tetapi tidak marah dengan pilihan yang diambil. Pada masa itu juga terbongkar satu kisah yang ibu simpan sejak mendiang ayah masih hidup iaitu semasa saya berusia enam bulan, ayah pernah mengeluarkan kata-kata yang saya suatu hari nanti akan menukar namanya kepada Abdullah. Padahal ayah meninggal semasa saya berusia enam tahun. “Apabila melihat sikap keterbukaan ibu, timbul keberanian untuk meneruskan keputusan memeluk Islam. Pun begitu, saya memahami kekecewaan mereka kerana saya dikira orang harapan dalam keluarga. “Saya cuba buktikan kepada mereka, yang saya bukannya menyembah Tuhan yang baru tetapi Tuhan Yang diesakan sebagaimana disebut dalam kitab lama masyarakat Hindu. “Pada peringkat awal, adik-beradik juga kecewa dengan keputusan saya. Mereka terasa seolah-olah saya hendak bertukar identiti, khuatir saya akan berkahwin dengan gadis Melayu dan takut hubungan kekeluargaan terbatas kerana perbezaan agama,” katanya bersyukur apa yang dibimbangi tidak berlaku malah hubungan mereka anak-beranak semakin hari bertambah akrab. Saranan Muhammad Fitri kepada mana-mana individu yang berhasrat memeluk Islam agar membuat perancangan terlebih dahulu terutamanya persiapan dari segi mental dan ekonomi. “Saya beruntung kerana banyak pihak yang menyokong dan mendokong sepanjang perjalanan pengislaman saya hingga ke hari ini. Keluarga angkat yang telah menyediakan seorang guru, Zainuddin Sitek untuk mengajar selok-belok Islam dan membaca al-Quran. Alhamdulillah dalam masa setahun saya telah lancar membaca al-Quran. “Jasa mereka ini hanya Allah s.w.t. dapat membalasnya. Pun begitu saya terharu dengan pemahaman keluarga kerana tidak mengambil sikap terlalu emosional apabila berhadapan isu pengislaman saya. Ia amat besar maknanya buat saya,” kata Muhammad Fitri yang mula serius dalam kegiatan dakwah sejak 1999. Ini semua bertitik-tolak daripada saranan Rasulullah s.a.w.: Sampaikanlah oleh kamu walau sepotong ayat. Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Perkim Selangor, Muhammad Fitri turut menjadi Panel Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), panel kaunselor di Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, sering menjadi penceramah jemputan terutamanya tentang tajuk perbandingan agama. sumber: utusan malaysia p/s:bagi yang ada kisah-kisah lain, diharap dapat dikongsikan bersama tidak kira dari bahasa Inggeris @ pun japanese.
Posted on: 2006/9/8 3:05
|
||||||||||
|
|||||||||||
|
|
Re: kisah-kisah muallaf |
||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
V.I.P
![]()
Joined:
2005/2/7 1:00 Group:
Registered Users Posts: 161
Level : 11
HP : 0 / 268
![]() |
KISAH 2:
こんにちは。ムスリムになり、早3ヶ月が経ちました。一ヶ月前のテロ事件でイスラム、ムスリムが良くも悪くも有名になりましたが、僕、日本人が思うイスラムの事を少し話してみたいと思います。 さて、まず一般的に日本人は宗教は怖いもので、あまり人前でそのことを話すべきではないと思っていますね。無神論者とでも言いますか。実際僕も以前はそうでした。家の母親はよく、「あそこの奥さんは創価学会に入っているらしいわよー。あまり深くは付き合いたくないわね。」とか話していましたね。ですから僕もその影響を受けて、宗教=怖いもの、人生に失敗した人がすがるもの、とずっと思っていました。でも、それって少しおかしくないですかね。 大学で多くの留学生に出会ったりして、気づいたのですけど、世界には神様を真剣に信じている人たちがたくさんいるのですね。むしろそういう人たちが世界では大多数だと思います。あの大国アメリカにおいてさえほとんどの人々はキリスト教を信仰して教会に行ったりしていますね。「God bless you. Oh my god!」など日常会話で頻繁にGODという言葉を使っている事からも分かります。 なぜ日本人は宗教に抵抗感を持つのでしょう?昔から鎖国、キリスト教を差別したり、戦時中に天皇を神と崇め、ひどい失敗をした事や、オウム真理教などという新興宗教などが多くの事件を起こしてきた事などに原因があるかもしれません。でも宗教なしで人間は健全に生きていけるでしょうか?今、日本は多くの問題を抱えています。経済的な落ち込みにより、精神的な問題が増加し、それを原因とした犯罪が多く起こっています。自殺者は年間3万人を越えました。それは1日に100人近くの日本人が自ら命を絶っている計算になります。これから益々、厳しい時代になるでしょうが、これらの問題は仕方のない事として済まされるものでしょうか?俗に発展途上国と呼ばれ、今日の食事も満足にとれない人たちでさえ自殺はめったにしないそうです。おかしいですね。どちらの人々が幸せでしょう? ムスリムはおそらく世界で一番宗教に熱心な人々です。彼らは神の存在を常に感じています。だから世界で一番心が豊かな人々だと思います。過去に、ある調査会社によってどこの国の人々が世界で一番幸せであるか調べられたそうです。そしてその結果、一番はイスラム国家であるバングラデッシュで、日本はかなり後ろの方にランクされました。 日本は世界から見ると特殊な国でしょう。経済大国でありながら、ほとんどの人々は無神論者であり、あまり幸せそうではない。神を信じる事が少なからず人々を幸せにできると僕は信じています。ですから、これからの日本人には本当の宗教が必要になってくるでしょう。本当の宗教を手に入れるためには、変な偏見を無くし、おかしな新興宗教などにも注意し、よく考える事です。もし、少しでもイスラムに興味を持ってくれたら僕達ムスリムに何でも聞いてください。一人で考えて悩んだらダメですよ。間違った情報にも注意してくださいね。それじゃまた。 sumber: ムスリムと話す
Posted on: 2006/9/8 3:12
|
||||||||||
|
|||||||||||
|
|
Re: kisah-kisah muallaf |
||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
V.I.P
![]()
Joined:
2005/2/7 1:00 Group:
Registered Users Posts: 161
Level : 11
HP : 0 / 268
![]() |
KISAH 3:
ACAP kali berkunjung ke rumah jurulatih sukan sekolahnya selepas tamat latihan bola sepak, Tan Lai Huat selalu melihat Cikgu Alias menunaikan sembahyang. Hakikatnya, beliau bukan sahaja suka berdampingan dengan keluarga itu, tetapi turut berminat mengetahui agama yang menjadi pegangan hidup mereka. Mengakui perbuatan gurunya itu agak pelik, tetapi hati kecil beliau tidak berdaya menolak keinginan yang membuak-buak untuk lebih mengetahui. Apatah lagi, teman-teman di sekolah yang beragama Islam mengatakan bahawa ibadah sembahyang itu adalah tiang agama. "Saya pernah suarakan keinginan untuk memeluk agama Islam kepada ibu tetapi dibantah keras. Memandangkan usia pada masa itu masih belum cukup umur, jadi saya pendamkan sahaja. "Selepas itu, langsung tidak timbul tentang pengIslaman. Saya menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, masalah kesihatan yang dialami beberapa tahun lalu, mengembalikan semula ingatan saya tentang agama Islam. "Pada saat itu, saya mula terfikir pasal mati, entah esok entah lusa, banyak perkara yang belum sempat saya lakukan dan kalau boleh saya mahu melaksanakannya selagi masih bernafas," cerita Lai Huat atau nama Islamnya, Muhammad Danial Tan Abdullah, 31 tahun. Kata anak kelahiran Klang, Selangor ini lagi, sekali lagi beliau memberanikan diri menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim, tetapi tetap ditolak. Kali ini, ibu Danial bukan sahaja membantah tetapi turut memberi amaran, sekiranya beliau berkeras dengan keputusan tersebut, dia (ibu) akan membunuh diri. "Risau juga kalau emak betul-betul melakukannya. Maka saya cuba terangkan kepadanya, bahawa saya sudah dewasa dan tahu apa yang baik dan buruk buat diri. Jadi saya terima penolakan ibu, dengan syarat ibu tidak menghalang kemahuan saya untuk belajar tentang Islam. "Dalam tempoh belajar, iaitu kira-kira sebulan dua selepas itu, saya cuba pujuk ibu agar merestui hasrat saya itu. Alhamdulillah, dengan bantuan adik perempuan dan nenek, akhirnya ibu bersetuju," kata anak sulung ini yang melafazkan syahadah pada 20 Jun 2002 di Pejabat Agama Islam daerah Klang. Berita pengIslamannya turut disampaikan ke pengetahuan bapanya yang tinggal di Pulau Pinang. Danial bersyukur apabila bapa merestuinya dan hanya meminta agar beliau dapat mengekalkan nama keluarga. Kebiasaannya, penentangan keras timbul di kalangan keluarga kandung seseorang mualaf itu, tetapi dalam kisah pengIslaman Danial, saudara mara yang memprotes dengan menuduh beliau anak derhaka dan beranggapan pengIslaman itu bertujuan menjadi Melayu. "Malah ada juga yang bertanyakan soalan berbau sindiran, iaitu bila saya hendak berkahwin. Saya sekadar tersenyum dan bertekad akan mendalami dahulu agama Islam sebelum memikirkan soal rumah tangga. "Biarpun, sebenarnya pada masa itu saya sudah berkenalan dengan isteri sewaktu dia bekerja di Pelabuhan Utara. "Menerusi isterilah, banyak tentang Islam yang saya ketahui, apatah lagi saya memang sedang menuju ke arah itu," kata Danial yang memilih Suraidah Md. Sali, 26, menjadi suri dalam hidupnya. Tambah Danial, selepas pengIslaman, beliau mempelajari agama Islam secara formal daripada Ustaz Yaakub Alwi di Pejabat Agama Islam daerah Klang. Kemudian, mengikuti kursus selama lima hari dan pada waktu inilah, Danial menerima ujian yang dikira berat apabila beliau diberhentikan kerja serta merta. "Bekas majikan saya sebenarnya tidak menyokong dan marah apabila mengetahui saya sudah beragama Islam. Sepanjang bekerja di bawahnya, memang sukar untuk saya menunaikan solat. Semuanya terpaksa dilakukan secara bersembunyi. "Dugaan ini saya terima dengan tenang dan redha. Hakikatnya, semua itu ada hikmahnya. Pertama, dengan suasana di tempat kerja yang langsung tidak menyokong dan kedua, peluang untuk saya memperoleh ilmu agama. "Selain itu saya dapat berehat selepas terlalu sibuk bekerja siang dan malam dengan rehat yang amat sedikit. Dalam tempoh tersebut, pelbagai kursus dapat saya ikuti, di antaranya; Kursus Intensif Asas Agama Islam dan Perkaderan Dakwah," kata Danial yang kini merupakan Pegawai Panel Dakwah di Pulau Ketam sejak Mac 2005. Berkongsi pengalamannya menyampaikan dakwah di penempatan yang mempunyai minoriti orang Islam, akui Danial, biarpun ada cabaran tetapi masih boleh diatasi. Katanya, satu pengalaman manis ialah sewaktu diadakan program forum perdana yang mendapat kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Macma. Alhamdulillah, pada majlis itu, kehadiran bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi ada juga wajah-wajah baru yang melapangkan masa mendengar ceramah malam itu. Ini secara tidak langsung, memberi gambaran baik kepada syiar Islam di Pulau Ketam. Bersempena bulan mulia ini, Danial tidak dapat melupakan bagaimana penyakit gastrik dan ulser yang dialami langsung tidak memberi kesan teruk sepanjang melaksanakan ibadah puasa. Malah lebih menggembirakannya, apabila turut berjaya melakukan puasa enam pada bulan Syawal. Kata Danial, keyakinan yang tidak berbelah bahagi menerusi doa kepada Allah s.w.t. akan dimakbulkan dan ini terbukti kepada dirinya. sumber: utusan malaysia
Posted on: 2006/9/8 3:15
|
||||||||||
|
|||||||||||
|
|
Re: kisah-kisah muallaf |
||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
V.I.P
![]()
Joined:
2005/2/7 1:00 Group:
Registered Users Posts: 161
Level : 11
HP : 0 / 268
![]() |
KISAH 4:
AGAK pelik kisah pengIslaman kali ini. Percaya atau tidak, itulah realiti bagi pemuda kelahiran Ipoh, Perak, Louis Sebastian, 40. Ini kerana kerelaan pengacara serba boleh dan penyanyi ini mengucap dua kalimah syahadah, rentetan kemalangan ngeri yang dialami pada 2002 lalu. Malah akui Louis atau nama Islamnya, Iskandar Louis Shah Abdullah, biarpun insiden tersebut dianggap sekadar alasan remeh oleh segelintir orang, namun yang pasti, tragedi berdarah yang meragut nyawa insan lain, telah meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya serta sarat dengan maksud tersirat. Menceritakan detik cemas lewat petang itu, kata Louis yang juga popular dengan jolokan Louis The Maestro dan Broery Marantika Malaysia, beliau pada waktu itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Hentaman ``Sebelum melepasi Plaza Tol Jelapang, Ipoh, Perak iaitu kira-kira satu kilometer lagi menghampiri kaunter tol, saya sudah memberhentikan kereta kerana perasan di hadapan ada satu kemalangan. ``Entah tanpa semena-mena sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di belakang, melanggar tepat kereta Perdana V6 yang saya pandu. ``Akibat hentaman kuat tersebut, kereta saya tersepit di tengah-tengah antara 10 buah kenderaan yang terlibat,'' kata Louis yang datang ke pejabat Utusan Malaysia untuk mempromosikan album sulungnya, Tak Bersalah. Menyambung kisah silam yang masih segar dalam ingatannya hingga kini, kata Louis, dalam situasi yang tidak terkawal itu, beliau sempat membalas balik stereng kereta daripada menjunam ke gaung. Belokan serta merta itu menyebabkan keretanya membuang, seterusnya melanggar tebing konkrit. Kesan tindakan spontan ini, Louis pengsan seketika. ``Saya tidak sedarkan diri untuk beberapa minit tetapi dalam tempoh sesingkat itu, ada perkara luar biasa yang berlaku. ``Pertama, saya mendapat gambaran sepintas lalu perjalanan atau putaran kehidupan semenjak kecil hingga kini. ``Kemudian, dalam masa yang sama nampak darah merah membuak-buak diikuti pula cahaya putih yang menyilaukan pandangan. ``Pada detik ini, saya merasakan diri sudah berada di ambang kematian. ``Saat itu juga saya terbayang tanggungjawab besar kepada keluarga dan tidak henti-henti berdoa agar hayat saya tidak berakhir di situ. Perasaan sedih silih berganti. ``Tiba-tiba, saya ternampak tulisan Arab dan terus terbayang dalam fikiran bahawa itulah ayat-ayat al-Quran. ``Sedangkan saya tidak pernah mengenalinya. Selepas itu barulah saya tersedar semula,'' cerita anak ke 13 daripada 15 orang adik-beradik. Kata Louis lagi, apabila tersedar beliau mendapati situasi keliling begitu sunyi dan beliau dalam ketakutan itu. Louis tidak berani membuka mata, apatah lagi melihat diri melalui cermin pandang belakang kerana bimbang dengan keadaan diri. Dengan langkah lemah, Louis cuba keluar dari keretanya yang remuk teruk, lalu merebahkan diri di sisi jalan. Dalam suasana yang kelam-kabut itu, beliau masih sempat memerhatikan tindakan seorang lelaki yang mencari-cari mangsa dari arah keretanya. Melihat keadaan kereta Louis, ramai yang tidak menduga pemandunya terselamat. Ini kerana, kereta V6 kesayangan Louis sudah tidak berupa kereta lagi tetapi ibarat tin yang dikemekkan. Cerita Louis lagi, beliau memberanikan diri melihat keadaannya selepas kemalangan paling tidak diduga itu. Yang lebih mengejutkan, tidak ada kesan luka atau patah, malah kesan calar juga tidak kelihatan. ``Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku. Ia bagaikan satu keajaiban. Pun begitu, saya tidak puas hati dan melakukan pemeriksaan doktor, keesokan harinya. Lebih memeranjatkan, doktor mengesahkan saya langsung tidak mengalami kecederaan dalaman. ``Selepas tragedi itu, insiden pelik yang dialami semasa pengsan terus berlegar-legar di dalam minda. ``Saya tercari-cari maksud di sebalik semua yang berlaku. Apakah motifnya? ``Kerunsingan ini saya kongsikan dengan ibu angkat yang tinggal di Parit Buntar, Perak dan beliau bersetuju dengan anggapan saya bahawa segala yang berlaku adalah hidayah Allah. ``Pun begitu, apabila saya luahkan hasrat untuk memeluk Islam, ibu angkat saya agak gusar, bimbang kalau-kalau hajat saya itu bukannya atas rasa keinsafan dan keikhlasan. ``Namun saya bertegas dan itulah keputusan muktamad,'' kata Louis yang akhirnya memeluk Islam di Pejabat Agama Islam Negeri Perak ditemani ibu angkatnya. Menjelaskan keadaan diri sebaik sahaja bergelar Muslim, terang Louis, tidak dapat dibayangkan bagaimana girang dan tenangnya perasaan pada masa itu. Malah, tidak sekelumitpun rasa bersalah, apatah lagi masalah yang bakal dihadapi oleh setiap saudara baru. Ahli keluarga pertama yang beliau beritahu tentang pengIslamannya hanyalah kepada kakak. Merahsiakan Alhamdulillah, dia menerima dengan hati terbuka, cuma menasihatkan Louis supaya merahsiakan dahulu berita tersebut daripada pengetahuan ibu atas sebab-sebab kesihatan. Akui Louis, di dalam keluarga kandungnya, bukan sahaja beliau seorang yang bergelar Muslim tetapi kegembiraan ini turut dikongsi abang sulung yang lebih dahulu memeluk Islam. ``Saya juga berkeyakinan apabila seseorang itu telah ada pegangan, secara tidak langsung, matlamat kehidupannya juga menjadi jelas. ``Nawaitu sudah ada dan semuanya adalah demi Allah Yang Esa. ``Kenapa saya katakan begitu? kerana Islam mengajar saya lebih menghargai kehidupan dan memanfaatkan rezeki yang diperoleh ke jalan yang diberkati dan diredhai, bersifat sabar, berkeyakinan dan banyak lagi yang tidak saya sedari tetapi perubahan itu diakui orang sekeliling. ``Malah saya tidak lupa asal usul diri daripada orang susah sehingga ke tahap ini. ``Kekuatan yang Allah anugerahkan ini menjadikan saya lebih kuat berusaha sehingga berjaya mengecapi kemewahan di dunia seperti berkereta mewah, berumah besar dan mempunyai perniagaan yang berjaya. ``Alhamdulillah, ini semua adalah rezeki Allah dan tidak ada apa yang perlu dibanggakan kerana ia adalah hak milik yang sementara. ``Di dalam keadaan ini juga, saya tidak lupa memohon kepada Allah semoga hubungan kekeluargaan kami semakin erat,'' kata Louis yang tidak terlepas daripada pandangan serong segelintir masyarakat, yang menuduh pengIslamannya dengan niat mencari populariti. Bagaimana Louis menghadapi cabaran bergelar saudara baru? Ringkas jawapannya, memaafkan mereka yang tidak tahu dan kebenaran itu akan muncul juga sumber: utusan malaysia
Posted on: 2006/9/8 3:21
|
||||||||||
|
|||||||||||
|
|
Re: kisah-kisah muallaf |
||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
V.I.P
![]()
Joined:
2005/2/7 1:00 Group:
Registered Users Posts: 161
Level : 11
HP : 0 / 268
![]() |
KISAH 5:
The journey of Abdul-Karim Germanus (formerly known as Julius Germanus) to Islam transformed his life forever. He once described his conversion as his "moment of awakening." ![]() Germanus was a university professor in Hungary who spent half of his life defending Islam and the Arabic language. After having freed himself from the troubles of youth and the oppression of traditions, he became attracted to Islam. The Beginning of the Path Germanus was born in Budapest, Hungary in 1884 and was raised as a Christian. Immediately after graduating from the University of Budapest, he decided to specialize in the Turkish language. So he traveled to the University of Istanbul in 1903 to study Turkish. In only two years, he was able to master the Turkish language and excelled in speaking, reading, and writing it. During his time at the University of Istanbul, he came across an exegesis of the Qur'an in Turkish. This marked the beginning of his transformation and his interest in Islam and the Qur'an. The exegesis enabled him to understand Islam from the original sources, and he saw in the various exegeses which were available in several languages, the fallacies which were taught about Islam by Christian missionaries. Motivated to learn the truth about Islam, he decided to conduct research in which he compared what the Christians were writing about Islam to what was really written in the Qur'an and Sunnah. He also endeavored to read Turkish translations of Hadith in order to study the sayings of the Prophet Muhammad from authentic sources. Back to Europe Germanus returned to Hungary from Istanbul and found his former professors, who were reputable Orientalists, speaking falsely about Islam. He argued with them about the true character of Prophet Muhammad and the many hadiths attributed to him. After clashing with his professors, Germanus decided to study the Arabic language after he found that Turkish was full of many Arabic words. He pursued Arabic and soon became proficient in it, he then went on to master Persian. He excelled in the study of languages, and, in 1912, was appointed professor of Arabic, Persian, and Turkish as well as Islamic history at the Hungarian Royal Academy in Budapest. He was later appointed to the Department of Oriental Studies at the University of Economics in Budapest. After working for a short time at the University of Budapest, the Bengali-Indian poet, Gurudev Rabindranath Tagore (1861-1941), one of Bengal's greatest figures, invited Germanus in 1928 to teach as the chair of Islamic Studies of Visva-Bharati University in Shantiniketan, Bengal. He stayed in India for several years and it was there he publicized his conversion to Islam in the Great Delhi Mosque. Henceforth, he was known Abdul-Karim. He was given the privilege of being able to give the weekly Friday sermon at the mosque. Friendships with Poets ![]() Germanus' great desire to learn more about Islam and Muslims led him to meet one of the most prominent Muslim poets of the time. He enjoyed a friendship with the famous Pakistani Muslim poet, Muhammad Iqbal. They would have long conversations, delving into important issues facing Muslims. They also would discuss the scholarship of Orientalists and the activities of Christian missionaries. Germanus and Iqbal differed over their views on missionary activities. Whereas Germanus believed that the propaganda spread by European Christian missionaries was a problem, Iqbal believed that the problem lay in Muslims' lack of unity and opposition to anti-Islam missionaries. Their long dialogue ended with the problem of Orientialism and the shortcomings of Orientalist scholarship. Germanus also formed a strong relationship with the famous Egyptian writer, Mahmoud Timour. Timour wrote about Germanus' journey to Islam in one of his books: When I [Timour] was speaking to him, I asked [Germanus], "What is the story of your conversion, Hajji? Germanus combed his fingers through his beard and then responded, "It was a moment of awakening for me because Islam is the true religion. Enlightened minds and free thinkers find tolerance in Islam, in its doctrine and in the Shari`ah. They find truth is Islam which convinces them of its validity. With Islam, free thinkers set themselves loose from the oppression of traditions. I know many intellectuals who, as soon as they free themselves of the troubles of youth and the oppression of traditions, secretly become Muslim and conceal their faith and submission to Allah in the depths of their hearts." Timour responded, saying the following: His answer did not cure or entice me with its excessive details, I asked him "Can't you tell me about what attracted you to Islam? "He became less agitated and said, "One thing attracted me to Islam, it is the essence of all things, and that thing is the religion of purity, the religion of cleanliness, of both the body and spirit, and social behavior and manners and the human feeling. Germanus' love of the Arabic language brought him to Cairo, Egypt, where he furthered his studies of classical Arabic. When he first arrived to the port city of Alexandria, he was surprised with the way the locals responded to him. They would laugh when he spoke Arabic because he was speaking classical Arabic! When they spoke to him in their colloquial dialect, he couldn't make out what they were saying. Germanus became very angry and screamed out, "I am here in order to learn the language of the Qur'an from you! Why do you respond with laughter and ridicule?" Germanus found himself back in the University of Budapest and worked as a professor of history and civilization for more than 40 years. He published several research papers calling for the revival of classical Arabic in the Arab world. He wanted to bring back classical Arabic, which had died out just as Latin had in Europe. He dreamed of a time when all Arab countries would speak the same form of Arabic that would tie Arabs to their rich heritage and history. Throughout his academic career, Germanus waged a war with European Orientalists who supported colonialism. He would use evidence and rational arguments, although he was confronted with much antagonism. As a result of his disputes with Orientalists, he was fired from the university on the grounds that his attitude was not appropriate. Despite mounting opposition against Germanus, his students sided with him and his ideas. They praised his works and saw that his work had huge influence throughout academia in both the West and the Muslim world. Because of this support, he was able to continue in his position as a professor of history despite protest from Orientalists colleagues. Mahmoud Timour, Germanus' good friend, wrote three plays in colloquial Egyptian Arabic that he dedicated to Germanus to inform him, in a courteous way, that he had written in the colloquial Egyptian dialect in order to educate Egyptians and to raise their level of culture. Germanus responded to Timour, saying, "The colloquial dialect is only a modern language, it cannot express deep sentiments and emotions, nor can it reveal our innermost feelings. On the other hand, classical Arabic can best express our most minute feelings of yearning to perfection." Germanus was calling for Timour to stop writing in colloquial Arabic and to work on refining his skills in writing literature. Eventually, Timour became a member of the Academy of Arabic Language in Cairo and improved his literary writing skills in classical Arabic. Mahmoud Timour was fascinated by Germanus' personality and sought inspiration from him for his story, "The One Who Asked Allah for Help," in a collection of short stories called Behind the Veil. The story narrated the journeys of a traveler who went to Cairo, lived in the neighborhood of Al-Hussein, and adopted an Egyptian lifestyle. He would wear a long white robe and stroll the neighborhood in his flowing Arab clothing. He was always anxious to prayer Fajr in the mosque and to hear the voice of the muezzin (the man who calls for the prayer) in the silence of the night. A Lifetime of Activity ![]() In the mid-20th century, scholarly organizations in the Arab world were looking to catch up with the modern world. They hoped to make more connections with Western scholars and so they elected Germanus to the Scholarly Organization of Iraq in 1962 as an overseas member, he was also elected as a member of the Arabic language academies in both Cairo and Damascus. Back home in Hungary, Germanus endeavored to bring together all of the Muslims in his country, Muslims only numbered between 1,000 to 2,000 at that time. He established an organization which ran Muslims' affairs in Hungary and which was able to convince the Hungarian government to recognize Islam as one of the official state religions. In addition, Germanus was one of the few Europeans to ever have visited the holy sites in Makkah and Madinah when he traveled from Egypt to Saudi Arabia in 1935. He wrote a memoir of his journey to the holy sites in Hungarian called, Allahu Akbar, which was translated into several languages. He went on Hajj for a second time in 1939. Germanus was married to a European woman who was Christian at the time of their marriage. However, his wife also eventually converted to Islam with the help of the famous author and academic Ahmed Abd Al-Ghafur Attar. Germanus can be credited with having motivated the Egyptian writer Muhammad Huseyn Haykal to perform Hajj. Haykal recorded memoirs of his trip in In the House of Revelation, and in the introduction, he wrote the following: I was fiddling with the radio signals on different stations until I reached the Budapest broadcast. And the very first thing I heard from the broad was the voice of the presenter say, "I was in the middle of a huge crowd of people who were circumambulating the Ka`bah. All around me I heard the phrase, 'Allahu Akbar, Allahu Akbar.' And when I finished the circumambulation, I walked between the two mounts of Safaa and Marwa." So I [Haykal] said to myself, "Is this European professor, who is talking about the truth of Islam, more truthful and strong-willed than I am that he has already visited the sacred sites? Germanus wrote about Islam in various European publications. In one article he wrote: I am a European man who didn't find my home in being enslaved to gold, power, or domination. I was influenced by the simplicity of Islam and in the respect it had in the eyes of Muslims. … The Muslim world will keep its true essence through its spirituality and its supreme example. And Islam always preserves its foundations of freedom, fraternity, and equality between all human beings. He also wrote the following in another article: Islam transcends by elevating humans from an animal state to the height of refined civilization and I hope, or rather I expect, that Islam will once more be able to achieve this miracle at the time when great darkness will surround us. Germanus wrote many books, including The Greek, Arabic Literature in Hungarian, Lights of the East, Uncovering the Arabian Peninsula, Between Intellectuals, The History of Arabic Literature, The History of the Arabs, Modern Movements in Islam, Studies in the Grammatical Structure of the Arabic Language, Journeys of Arabs, Pre-Islamic Poetry, Great Arabic Literature, Guidance From the Light of the Crescent (a personal memoir), An Adventure in the Desert, Arab Nationalism, Allahu Akbar, Mahmoud Timour and Modern Arabic Literature, The Great Arab Poets, and The Rise of Arab Culture. Germanus passed away on November 7, 1979 after having served the cause of Islam and Muslims sumber: islamonline.net
Posted on: 2006/9/8 3:32
|
||||||||||
|
|||||||||||
You cannot start a new topic.
You can view topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.














