Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

Menu

Shoutbox


Browsing this Thread: 



« 1 2 3 (4)


Re: pemikiran politik kita
V.I.P
Joined:
2006/1/26 1:00
Group:
Registered Users
Posts: 315
Level : 16
HP : 0 / 389
MP : 105 / 5264
EXP : 59
Offline
satu lagi,mungkin atas kelemahan saya sendiri maka forumer yg ada tidak dapat kenalpasti mana satu idea saya..mana satu penekanan dan penegasan saya..dan mana satu penjelasan saya.

saya karangkan sedikit panduan dalam menyemak mesej saya.

PANDUAN MENYEMAK MESEJ MANUSIA BODOH BERNAMA MFR:

Mfr telah memberi IDEA seperti berikut:

1)POLITIK TIDAK BOLEH MENDIRIKAN AD DIN, TETAPI POLITIK BOLEH DIBAWA KEPADA AD DIN.

2)MUSYAWARAH DAN UKHUWAH PERLU DITITIKBERATKAN DAN BUKAN BERSAING SESAMA SENDIRI MENGEJAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH UMAT DAN MENGUATKAN UMAT.

3)MEMBAWA POLITIK KEPADA AD DIN IALAH DENGAN CARA BERDAKWAH DAN BUKAN MENYEBARKAN KEBENCIAN DAN KUTUK MENGUTUK SESAMA SENDIRI.

4)BERJUANG DALAM POLITIK BUKAN DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA PENGAMBILALIHAN KUASA TETAPI MEMFOKUSKAN KEPADA USAHA MEMBAWA AD DIN KE DALAM POLITIK, (BERKAIT DENGAN IDEA 2 IAITU DENGAN MENITIKBERATKAN MUSYAWARAH DAN UKHUWAH DAN BERKAIT DENGAN IDEA 3 IAITU MENJADIKAN DAKWAH SEBAGAI METOD)

5) PERGABUNGAN DAN PENYATUAN ADALAH LEBIH UTAMA DALAM SITUASI POLITIK ZAMAN KINI.(maklumat tambahan:contohilah sikap ulama ahlus sunnah wal jamaah yang berlapang dada dalam khilaf perkara ranting,tetapi bersatu dalam akidah--ambil iktibar dari firman Allah dalam surah ali imran 103)

6)DALAM MUSYAWARAH,PERLU BAWA CADANGAN DAN NASIHAT JIKA KITA MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN IDEA YANG LEBIH BAIK. KEPUTUSAN MUSYAWARAH MESTILAH BERPANDU KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH,DAN MENERIMA DENGAN TAAT HASIL MUSYAWARAH YANG DIJALANKAN DENGAN ADIL.(idea ini saya cuma sempat tulis sekali lalu...tidak sempat nak kembangkan)

7)MENGGERAKKAN RENASSAINCE AD DIN SEBAGAI LANGKAH AWAL. (boleh baca selanjutnya apa yg saya katakan sebagai renassaince ad din)


7 idea di atas telah saya jelaskan dalam setiap mesej.jika anda menjumpai penjelasan idea tersebut maka itu ialah PENJELASAN.

manakala PENEKANAN dan PENEGASAN adalah apabila saya menyebut, "saya tekankan" atau "saya tegaskan" atau yang seumpamanya.

manakala,nasihat dan saranan apabila saya sebut "saya nasihatkan" atau "saya sarankan" atau yang seumpamanya.

saya tidak datangkan dalil al quran,hadis,atau kata2 ulama dalam menyokong idea saya KERANA SAYA TIDAK MENGIKUTI DISIPLIN ILMU MENTAFSIR,seperti saya tidak belajar bahasa arab yang membolehkan saya mentafsir karangan ulama dengan pemahaman yang tepat,saya cuma mampu baca terjemahan bahasa melayu atau bahasa inggeris.

saya juga tidak belajar ilmu2 yang diperlukan untuk mentafisr setiap ayat quran seperti ilmu nahu dan sebagainya.

saya juga tidak belajar ilmu2 yang diperlukan untuk mentafsir hadis.

OLEH ITU,SAYA TIDAK MENAMPILKAN AYAT QURAN,HADIS ATAU KATA2 ULAMA KERANA SAYA KHUATIR SAYA AKAN TERJEBAK DALAM MEMPERALATKAN AYAT QURAN,HADIS ATAU KATA2 ULAMA DALAM MENYOKONG IDEA SAYA.

AKAN TETAPI,SAYA MENGKAJI,MEMBINA PENDIRIAN,IDEA DAN PLAN SEBOLEH-BOLEHNYA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH,MAKA SAYA JADIKAN AL QURAN,HADIS,DAN AJARAN ULAMA YANG DIAJARKAN KEPADA SAYA OLEH GURU-GURU SAYA,DIBANTU JUGA OLEH SAHABAT2 SAYA YANG LEBIH ARIF DALAM ILMU AGAMA UNTUK MENASIHATI SAYA SEBAGAI PANDUAN,MAKA IDEA YANG SAYA KEMUKAKAN DI SINI ADALAH SELEPAS MENJALANI PROSES DIDIKAN DAN NASIHAT,KEMUDIAN SAYA MENGADUNKANNYA DENGAN PEMIKIRAN SAYA DALAM PROSES BERFIKIR,MERANCANG DAN MENIMBANG.

DAN SEKIRANYA ANDA MELIHAT IDEA SAYA INI SESAT,TIDAK SESUAI DENGAN ASPIRASI MANA2 ULAMA,BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM,TIDAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W,MAKA TEGURLAH DAN NASIHATLAH,INSYAALLAH SAYA AKAN PERBAIKI,TAPI HARUS DIINGAT BAHAWA JIKA IDEA INI BURUK,BUKAN AJARAN ULAMA YANG BURUK, BUKAN DIDIKAN GURU SAYA BURUK,BUKAN SAHABAT2 SAYA YG BURUK, BUKAN ISLAM YANG CUBA SAYA TEGAKKAN YANG BURUK,BUKAN RASULULLAH YANG BURUK...YANG BURUK ITU IALAH IDEA SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH KAJIAN SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH KEFAHAMAN SAYA SENDIRI,YANG BURUK ITU IALAH DIRI SAYA SENDIRI.

tamat panduan.

Posted on: 2006/10/6 0:55
_________________
Open in new windowOpen in new windowOpen in new window
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
V.I.P
Joined:
2006/1/26 1:00
Group:
Registered Users
Posts: 315
Level : 16
HP : 0 / 389
MP : 105 / 5264
EXP : 59
Offline
MAAF, EJAAN YANG SEBETULNYA IALAH RENAISSANCE.

SEKIAN.

Posted on: 2006/10/6 1:03
_________________
Open in new windowOpen in new windowOpen in new window
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
Maqam 3
Joined:
2006/5/25 12:38
From terengganu
Group:
Registered Users
Posts: 119
Level : 9
HP : 0 / 223
MP : 39 / 2803
EXP : 94
Offline
Assalamualaikum...

Quote:
1)POLITIK TIDAK BOLEH MENDIRIKAN AD DIN, TETAPI POLITIK BOLEH DIBAWA KEPADA AD DIN.

Saya Setuju Dengan Pendapat ini.Bahkah Allahlah yang menyempurnakan Addin ini.Tetapi ada beberapa kesamaran dalam perkataan "mendirikan Ad-din".Jika saya x sentuh perkara ini,orang akan keliru apabila mereka membaca buku Hujjatul Islam Ibnu Taimiyyah yg mana di dalam bukunya "Assiyasah al-Syariyyah" menyatakan: Mengendalikan urusan orang ramai (rakyat) adalah kewajipan agama yang besar, dan agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah.Kerana itu saya mengajak semua yg berada disini faham dengan jelas agar tiada yang keliru ttg agama tidak mungkin ditegakkan kecuali dengan kekuasaan memerintah.

Quote:
2)MUSYAWARAH DAN UKHUWAH PERLU DITITIKBERATKAN DAN BUKAN BERSAING SESAMA SENDIRI MENGEJAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH UMAT DAN MENGUATKAN UMAT.

Saya masih gagal memahami,mengapakah dimata MFR masih kelihatan seolah2 daie yg terjun kedalam p/raya itu sebagai hanya sekadar ingin bersaing utk menjadi pemimpin.Entah berapa kali saya tegasnya bahayanya sikap buruk sangka.Sedangkan daie yg terjun kemedan p/raya ada diantara mereka masih berumahkan papan,hidup dikampung2,ikhlas dalam menjalankan rutin kuliah agama mingguan dan sebagainya.
Renungkan kata2 syed Qutb "Kita akan merasakan sempit dada jika kita merasakan bahawa kitalah yang memulakan dakwah ini,tetapi kita akan merasakan lapang dada jika meyakini bahawa kita adalah orang yang menyambungkan tugas dakwah dari org yg terdahulu dari kita dan akan ada orang yg akan menyambung tugas ini selepas dari kita.

Quote:

3)MEMBAWA POLITIK KEPADA AD DIN IALAH DENGAN CARA BERDAKWAH DAN BUKAN MENYEBARKAN KEBENCIAN DAN KUTUK MENGUTUK SESAMA SENDIRI.

Ada beberapa ketika dahwah sahaja tidak mampu menegakkan apa2.Ingin saya membawa MFR kepada sirah,mengapakah rasulullah perlu berhijrah kemadinah dan membina kekuatan politik dimadinah dan kemudian barulah baginda balik semula ke mekah.Mengapa baginda tidak terus berada dimekah??Ini kerana dakwah baginda tidak lagi dibenarkan berkembang dimekah (dipulau,diugut,dan sbg).Pada ketika itu rasulullah melihat ummat islam tiada kekuatan politik utk menghadapi puak quraisy yg lebih kuat.Agama islam ketika tiada pelindung dan pengawas.Kerana itu rasulullah pergi ke madinah mendapatkan kuasa(yg benar tulen dan bebas utk melaksanakan islam) kemudian pulang ketanah air utk membebaskan makkah dr cengkaman jahiliah.


Quote:
4)BERJUANG DALAM POLITIK BUKAN DENGAN MEMFOKUSKAN KEPADA PENGAMBILALIHAN KUASA TETAPI MEMFOKUSKAN KEPADA USAHA MEMBAWA AD DIN KE DALAM POLITIK, (BERKAIT DENGAN IDEA 2 IAITU DENGAN MENITIKBERATKAN MUSYAWARAH DAN UKHUWAH DAN BERKAIT DENGAN IDEA 3 IAITU MENJADIKAN DAKWAH SEBAGAI METOD)

Bahkah daie yg terjun kemedan politik matlamat mereka adalah sama dgn mana2 gerakan islam yg lain.Berbaik sangkalah terhadap mereka jika kita tidak "kenal" mereka betul2.


Quote:
5) PERGABUNGAN DAN PENYATUAN ADALAH LEBIH UTAMA DALAM SITUASI POLITIK ZAMAN KINI.(maklumat tambahan:contohilah sikap ulama ahlus sunnah wal jamaah yang berlapang dada dalam khilaf perkara ranting,tetapi bersatu dalam akidah--ambil iktibar dari firman Allah dalam surah ali imran 103)

Realiti politik dimalaysia,pengabungan seakan2 mustahil.Kerana pada tahun 1970 selepas peristiwa 13 mei,parti islam bergabung dgn pemerintah diatas semangat ukhwah dan kepentingan org melayu islam di malaysia.Tetapi selepas itu parti tersebut dibuang dari pemerintah kerana niat sebenar pemerintah hanyalah utk mengukuhkan kerajaan dan bukan atas semnagat ukhwah seislam.Sejarah ini juga membuktikan jalanan nasionalime dan islam tidak mungkin akan seiring.Pengabungan jemaah2 islam dimalaysia pula sedang berlaku.Banyak perkara yang berlaku dimalaysia cthnya kes murtad,penghiaan terhadap rasulullah telah mengerakkan jemaah2 tadi senada dalam gerak kerja dakwah.Tetapi harus juga diingat,berbeza tempat berpijak xsemestinya berbeza fikrah.Seperti ipij dan amir,tempat berpijak yg berbeza tetapi fikrah dan matlamat tidak pernah berubah.Banyaknya jemaah tidak pernah dianggap sebagai perpecahan tetapi dilihat sebagai kepelbagaian dimata mereka yg berlapang dada



Quote:

6)DALAM MUSYAWARAH,PERLU BAWA CADANGAN DAN NASIHAT JIKA KITA MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN IDEA YANG LEBIH BAIK. KEPUTUSAN MUSYAWARAH MESTILAH BERPANDU KEPADA AL QURAN DAN SUNNAH,DAN MENERIMA DENGAN TAAT HASIL MUSYAWARAH YANG DIJALANKAN DENGAN ADIL.(idea ini saya cuma sempat tulis sekali lalu...tidak sempat nak kembangkan)

Saya setuju.Tetapi tidak tahu idea ini perlu diamalkan dimasa bila.Mungkin selepas pengabungan(kalau xsilap saya:minta kepastian dr MFR).


Quote:
7)MENGGERAKKAN RENASSAINCE AD DIN SEBAGAI LANGKAH AWAL. (boleh baca selanjutnya apa yg saya katakan sebagai renassaince ad din)

Sama2 kita usahakan!!


Wassalam..

Posted on: 2006/10/6 9:49
_________________
-The Rise Of Islam-
Open in new window
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
V.I.P
Joined:
2006/1/26 1:00
Group:
Registered Users
Posts: 315
Level : 16
HP : 0 / 389
MP : 105 / 5264
EXP : 59
Offline
saya komen sedikit saja dulu... saya sentuh bab yg saudara tidak sependapat dgn saya.

syahid zul wrote:
Quote:

Saya masih gagal memahami,mengapakah dimata MFR masih kelihatan seolah2 daie yg terjun kedalam p/raya itu sebagai hanya sekadar ingin bersaing utk menjadi pemimpin.Entah berapa kali saya tegasnya bahayanya sikap buruk sangka.Sedangkan daie yg terjun kemedan p/raya ada diantara mereka masih berumahkan papan,hidup dikampung2,ikhlas dalam menjalankan rutin kuliah agama mingguan dan sebagainya.
Renungkan kata2 syed Qutb "Kita akan merasakan sempit dada jika kita merasakan bahawa kitalah yang memulakan dakwah ini,tetapi kita akan merasakan lapang dada jika meyakini bahawa kita adalah orang yang menyambungkan tugas dakwah dari org yg terdahulu dari kita dan akan ada orang yg akan menyambung tugas ini selepas dari kita.


org yg masuk pilihanraya niatnya tentu ingin menjadi pemimpin,kerana pilihanraya yg biasa... calon dikehendaki merayu pengundi mengundi samada dirinya atau partinya. jika calon seorang zuhud pun,dan hanya bekerja untuk parti, tujuannya tetap mahu menjadikan partinya pemimpin.

ertinya jika ada dua parti maka dua parti itu dikehendaki bersaing untuk mendapatkan undi rakyat. inilah sistem pilihanraya yg ditawarkan oleh pihak barat.

walaupun saya tidak meletakkan hukum haram,dan saya serah bulat2 kepada para ulama untuk meletakkan hukum bersaing dalam pilihanraya sesama muslim,namun saya tetap merasakan jalan yg ditunjukkan oleh rasulullah dgn kaedah menyatukan umat islam di bawah satu panji..(aus dan khazraj,muhajirin dan ansar) sebagai petanda bahawa kekuatan itu berada dalam penyatuan,dan byk skali hadis menyebut kisah bagaimana rasulullah menyuruh taat pada pemimpin yg dipilih walaupun yg memimpin itu ialah seorang hamba (ada hadis yg saya telah petik sebelum ini),ertinya tidak bersaing2 mengejar menjadi pemimpin.

Allah s.w.t juga berfirman dalam al quran (yg saya telah petik sebelum ni) bagaimana Allah memerintahkan kita semua jgn bercerai berai dan bersatu di tali Allah.

Dr.Asri juga bersetuju bahawa jawatan pemimpin bukan untuk diminta-minta.

ada kaedah yg lebih baik dari bersaing dalam pilihanraya. cuma resam ahli politik tidak mahu mementingkan agama lebih dari politik. jika mementingkan agama lebih dari politik,maka pemimpin yg menyeru supaya kita jgn berpecah dan bercerai berai,jgn berkelahi,jgn bergaduh,jgn kutuk mengutuk, maka bersatulah pada pemimpin itu dan jika benar pemimpin tu mengotakan kata2nya maka musyawarah boleh dijalankan dgn baik. jika pemimpin itu benar2 cintakan agama maka tentunya dia tidak akan bertindak di luar saranan al quran dan sunnah.jika dia mengikut telunjuk al quran dan sunnah,maka tentu sekali dia akan taat pada dakwah islamiyah. jika dia jahil tapi beriman,maka ajarkanlah dia jalan kebenaran. ulama2 silam banyak menasihatkan pemimpin. pemimpin yg jahat akan memenjarakan ulama itu. pemimpin yg baik akan mendengar nasihat dan dakwah ulama itu dan bertindak membaiki diri.

namun jika kedua2 pihak yg bersaing tidak berhenti bersaing dan cuma mahu menangkan diri sendiri,sampai bila umat islam tidak akan kuat.

sudahlah yg di atas bersaing2. yg di bawah (rakyat jelata atau remaja khususnya) pula terbiar makin jauh dari nilai islam.

sebab tu saya nampak musyawarah yg dianjurkan oleh islam adalah jalan terbaik tuk kita ketepikan perbezaan dan bersatu dalam pegangan kita yg satu iaitu islam. dengan itu para pemimpin boleh bekerjasama,bahu membahu,bertukar2 kepakaran tuk membantu rakyat di bawah yg sudah melarat.

Quote:
Ada beberapa ketika dahwah sahaja tidak mampu menegakkan apa2.Ingin saya membawa MFR kepada sirah,mengapakah rasulullah perlu berhijrah kemadinah dan membina kekuatan politik dimadinah dan kemudian barulah baginda balik semula ke mekah.Mengapa baginda tidak terus berada dimekah??Ini kerana dakwah baginda tidak lagi dibenarkan berkembang dimekah (dipulau,diugut,dan sbg).Pada ketika itu rasulullah melihat ummat islam tiada kekuatan politik utk menghadapi puak quraisy yg lebih kuat.Agama islam ketika tiada pelindung dan pengawas.Kerana itu rasulullah pergi ke madinah mendapatkan kuasa(yg benar tulen dan bebas utk melaksanakan islam) kemudian pulang ketanah air utk membebaskan makkah dr cengkaman jahiliah.


saya tak bersetuju. dakwah adalah segala-galanya. org yg berdakwah (amar makruf nahi mungkar) berada pada kedudukan yg istimewa di sisi Allah.

boleh baca ayat quran. kalau nampak ayat amar makruf nahi mungkar,bacalah dan renung betul2. di manakah letaknya dakwah dalam islam.

dakwah adalah segala-galanya.

boleh rujuk mereka yg lebih pakar tuk menghuraikan. saya ni tidak ada tauliah.

bahkan,saya cukup tak gemar bila saudara bercerita sirah style macam tu... saya pernah baca buku orientalis,mereka sering buat kenyataan seperti di atas. mirip lebih kurang sama.

ayat itu bahaya. tapi saya sangka baik dgn saudara.

saya tak bersetuju sebab rasulullah berhijrah ke madinah di sebabkan mahu dapatkan kuasa politik dan seolah-olah sudah merancang untuk mendapatkan mekah pula.

sebab utama rasulullah berhijrah ialah kerana wahyu atau perintah Allah.

saya percaya dan yakin, rasulullah kalau ikutkan mahu terus berdakwah pada org kafir mekah,tapi saya akui bahawa rasulullah tidak tahan melihat umat islam terseksa.

tapi rasulullah tidak takut diseksa. umatnya terseksa rasulullah tak sanggup,sememangnya sebelum berhijrah ke madinah rasulullah telah memerintahkan umat islam berhijrah ke habsyah,bukti rasulullah tak mahu umat islam diancam bahaya.

tapi rasulullah tidak pernah merancang nak dapatkan kuasa politik di madinah atau sebagainya. saya yakin semua itu tidak pernah dirancang rasulullah. tapi yg merancangnya ialah Allah.

Allah yg memerintahkan rasulullah berhijrah.

dan Allah juga yg memerintahkan rasulullah masuk ke mekah.

semuanya adalah perancangan Allah. rasulullah tidak pernah terniat mahu dapat kuasa politik. yang rasulullah mahu cuma umatnya menyembah Allah.

ohh.. saya rasa saya tak bole terus bercerita soal ini. saya serahkan kembali pada para yg lebih arif tuk menerangkan sebab2 rasulullah berhijrah dan masuk ke mekah.

andai saya silap..maka kesilapan itu adalah atas saya sendiri. moga Allah mengampuni saya.

Quote:
Bahkah daie yg terjun kemedan politik matlamat mereka adalah sama dgn mana2 gerakan islam yg lain.Berbaik sangkalah terhadap mereka jika kita tidak "kenal" mereka betul2.


saya amat suka dan gembira dengan kalimah bebrbaik sangka ini.

tapi sepanjang saya muzakarah dgn suatu pihak itu,mereka tidak lain asyik berburuk sangka,malah memandang idea pergabungan saya sebagai suatu yg sia-sia.

malah,sikap buruk sangka ini menjadi2 sampai perbuatan yg baik yg dilaksanakan oleh pihak yg tidak disenangi mereka telah disangka ada udang di sebalik batu.

tetapi jika tindakan ada udang di sebalik batu yg dijalankan oleh pihak yg bertelagah,maka mereka akan pergi menyendeng di sebelah pihak. dan apabila ahli mereka sendiri persoalkan..maka pimpinan pun menjawab.."strategi..strategi.."

saya tidak mahu memanjangkan isu itu lagi. muzakarah yg panjang berjela saya dengan salah seorg ahli mereka dulu sudah cukup menginsafkan saya bahawa mereka tidak akan mengadakan musyawarah atau bergabung.

yg mereka mahu dengar ialah "tukar perlembagaan kepada al quran dan sunnah dulu" atau "laksanakan hudud dulu".

padahal jika bergabung... 2/3 parlimen mampu dikuasai oleh org islam... dan perlembagaan atau hudud bisa saja untuk dijalankan.

tapi mereka lebih suka bersaing.. nak tawan satu2 negeri dulu. org bukan islam yg rakyat di bawah mereka kuat2 belaka menunggu masa saja org islam yg memerintah itu kecil kerusi di parlimen... bila sudah kecil...maka tuntutan mereka akan lebih kuat.

huhu..saya rasa sampai sini saja saya boleh merapu tentang dunia politik yg merapu ini.

kepada kedua2 parti yg bersaing... sampaikan salam saya pada pimpinan parti anda dengan ucapan..."lebanon dh kena serang,amerika dh kasi senjata kat israel,bila lagi kita nak bersatu? selamat berbuka"

Quote:
Realiti politik dimalaysia,pengabungan seakan2 mustahil.Kerana pada tahun 1970 selepas peristiwa 13 mei,parti islam bergabung dgn pemerintah diatas semangat ukhwah dan kepentingan org melayu islam di malaysia.Tetapi selepas itu parti tersebut dibuang dari pemerintah kerana niat sebenar pemerintah hanyalah utk mengukuhkan kerajaan dan bukan atas semnagat ukhwah seislam.Sejarah ini juga membuktikan jalanan nasionalime dan islam tidak mungkin akan seiring.Pengabungan jemaah2 islam dimalaysia pula sedang berlaku.Banyak perkara yang berlaku dimalaysia cthnya kes murtad,penghiaan terhadap rasulullah telah mengerakkan jemaah2 tadi senada dalam gerak kerja dakwah.Tetapi harus juga diingat,berbeza tempat berpijak xsemestinya berbeza fikrah.Seperti ipij dan amir,tempat berpijak yg berbeza tetapi fikrah dan matlamat tidak pernah berubah.Banyaknya jemaah tidak pernah dianggap sebagai perpecahan tetapi dilihat sebagai kepelbagaian dimata mereka yg berlapang dada


2006-1970=36 tahun.

2020-2006=14 tahun

2020-1970=50 tahun!!!!

lihatlah... generasi yg berselisih dulu adalah generasi tua yg sekarang ini sudah tua sgt... kemudian adalah menjadi kebodohan kepada generasi muda iaitu generasi yg tidak lahir pun lagi pada era perselisihan itu untuk meneruskan tradisi nyanyuk org tua kita?? maafkan saya pakcik... jika pakcik lebih suka gaduh maka pakcik sudah nyanyuk.. bukan saya tak hormat pakcik2 sekalian, tapi saya nak sindir org2 muda ni pakcik... org2 muda ni mase kecik dok sama main bola kat padang.. suka dan duka mengharungi bersama... tapi bila dh jd nak dewasa ni..ntah apa maslahnya.. mereka lebih gemar untuk meneruskan pertelingkahan bapak2 mereka... padahal Allah s.w.t. mengurniakan mereka al quran yang dalam nya ada seruan jgn bercerai berai.. nak watpa kita ikut bapak2 kita yg gaduh2... dalam quran pun suruh kita jd pendamai... siapa yg mahu menggerakkan perdamaian? siapa lagi kalau bukan kita!!! kita yg muda2 yg belum nyanyuk ni lah yg perlu mencari jalan perdamaian...

tp sebab org politik ni nak kejar kemenangan pilihanraya tersangat2... maka jd lah mereka pemuda2 yg menyanjung org2 tua yg bergaduh2... chitttt... tak guna punya org muda...

kalau camni.. kita kena tunggu lahir generasi lain lah pulak..generasi pemuda hari ni lebih suka teruskan tradisi gaduh2..dan tanak cetuskan gelombang perdamaian dan pergabungan..

hmm..hari ni 6/10 2006...kalau ada bayi lahir lepas malam ni sampailah tahun...2027..haaaa bayi tu dah umo 21 tahun mase tu... harap2 bayi tu jadilah pencetus kepada gelombang pembaharuan... kesianlah pulak bayi tu kalau dia sorg2 je cakap psl pergabungan tapi bayi2 yg lain semua nya kata.."susah..susah nak gabung..hampir mustahil.."

entah kebodohan apa yg melanda tujuh keturunan melayu ni pun tak taulah... nak kata sumpah mahsuri..sumpah mahsuri dah pun tamat rasanya..hoho...

(sengaja saya karangkan jawapan satira..sebab saya dah penat nak jelaskan dgn baik..org akan terus fikir negatif.. saya serahkan pada ulama lah tuk menerangkan ilmu dlm quran dan betapa kita perlu bersatu di zaman ini..saya tak mengikuti disiplin ilmu quran dan hadis).

UCAPAN TIDAK FORMAL BUAT SYAHID ZUL SECARA TERBUKA

woooshhh sahabat... penat kita bersembang... aku nak buat sesi tak formal la ngan hang zul... nak panggil ape..zul ke..

huhhhuhh..

kita dah umo 21 taun zul... dh layak mengundi... adakah kita mahu membiarkan masyarakat kita berpecah dan yg lainnya hanyut dibuai dgn arus dunia..tidak mahu bukan?

oleh itu andai ditakdirkan kita berjumpa lagi dalam era kedewasaan..ingatlah pesanan aku ni zul... jgn lupa impian kita iaitu kita mahu bergabung dan bersatu.. biar jd satu umat yg kuat...

kalau aku panjang umo lah... kalo aku mati dulu... ko truskanlah dgn impian itu dan berusahalah sedaya upaya... umat islam menunggu pemuda2 yg berhati waja yg teguh dgn ajaran islam supaya dapat membawa perubahan...

dh ramai umat islam menangis zul... dh ramai sgt... seolah2 barat dan kafir dah menang...

mereka belum menang zul...belum menang... kau masih ada tuk berjuang... pemuda2 lain yg baca forum IPIJ ni pun masih ada ... masih ada org2 muda yg tahu dan faham bahawa mereka perlu lakukan sesuatu supaya umat islam tidak trus lemah..

zul... ayuh zul... kita bukak lembaran baru dunia hari ini... yakinlah Allah akan bersama kita selagi kita menjadi umat yg bersatu,berkasih sayang sesama islam,berbaik sangka dan berlapang dada, ayuh bina KEKUATAN UMAT!!!

(ops tersemboq air liuq) okes nasi aku pun dah masak zul... kesian aku..td lauk dh ada..nasi pulak dah abes..tu yg kena masak nasik dulu tu... alhamdulillah..taip punya taip..nasi pun dh masak.. aku gi makan dulu..kang nak teraweh..

(adakah dialog di atas adalah dikira "politik" juga? huhuhh politik kan luas..tapi susah lah kalau semuanya nak dikira sbg politik... kan lebih best kalo dikira sebagai "sembang-sembang persahabatan"...)

maaf kerana respon kali ini dalam bentuk yg lain..saja nak tukar angin..sbb tak minat nak ulang hujah yg sama.

Posted on: 2006/10/6 12:47
_________________
Open in new windowOpen in new windowOpen in new window
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
V.I.P
Joined:
2004/9/21 2:00
From Malaysia
Group:
Registered Users
Posts: 255
Level : 14
HP : 0 / 348
MP : 85 / 6076
EXP : 93
Offline
tum tam tum tam... aku nak tanya korang dah daftar mengundi ke ?
ni bukan aku nak citer masalah kepartian ke hape, tapi sudah kah anda berdaftar sebagai pemilih kerana itulah salah satu tindakan yg nyata dr segala teori sedara sekalian. hehe....

komen aku la....

MFR membawa hujah yg lebih luas dalam soal dakwah dan berlembut dalam politik.

syahid zul lebih keras atau agresif dalam politik. rasanya syahid zul bakal jd ahli politik nampaknya...

pendapat korang semua seiring, betul dan takde beza. semuanye tujuan yg sama... Nabi juga pernah berdamai ngan Musyrikin dan pandai bertolak ansur hingga pembukaan Mekah dengan amannya (secara lembut cam MFR kata)

Nabi juga yakin dengan tertubuhnya kuasa pemerintahan akan memudahkan dakwah macam zul plak kata.

semua korang ckp adalah semua Islam anjur, semua Nabi buat... kadang2 terasa syahid zul menafikan MFR punye idea kerana idea tu dtg dr MFR. MFR pula sangat berkeras dengan ideanya.

kalu aku join idea politik aku lg ribut kang hahaha.

Posted on: 2006/10/6 15:47
_________________
****Membangun Bersama Islam****
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
Martabat 5
Joined:
2006/8/19 1:59
From Numazu, JAPAN
Group:
Registered Users
Posts: 57
Level : 6
HP : 0 / 135
MP : 19 / 1605
EXP : 41
Offline
alamak..
aku bayi 1986..aku msti buat ssuatu...

kpada bayi2 selepas ini, aku sbg bayi snior menasihatkan..
satu subjek yg msti korang score n amalkan ialah:
'pmikiran politik berasaskan tindakan Rasulullah SAW'

sekian, terima kasih..
(x brani nk mnyelit,sbb terasa ilmu aku yg teramat cetek.. gomenne..)

Posted on: 2006/10/7 7:01
_________________
diari saya; SangPelangi.com
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
Maqam 3
Joined:
2006/5/25 12:38
From terengganu
Group:
Registered Users
Posts: 119
Level : 9
HP : 0 / 223
MP : 39 / 2803
EXP : 94
Offline
Assalamualaikum...
bagi saya perbincangan ini sudah mencapai sasarannya.Masing2 sudah faham matlamat dan hala tuju masing2.Cuma dibeberapa tmpat kita tidak senada.Itu adalah biasa.Kita mungkin berbeza disuatu tmpat tetapi di byk tempat kita adalah sama.Tumpukan kepada titik persamaan,dan berlapang dada pada perbezaan.Sesungguhnya inilah cara yg diambil oleh ulama silam dlm mengatasi perbezaan pendapat.Syabas kpd semua yg berforum..

akhir kata,maafkan jika terkasar bahasa atau keterlaluan cara...
wassalam

Posted on: 2006/10/9 15:48
_________________
-The Rise Of Islam-
Open in new window
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
V.I.P
Joined:
2006/7/29 16:02
Group:
Registered Users
Posts: 424
Level : 19
HP : 0 / 453
MP : 141 / 5451
EXP : 13
Offline
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat memberi respons.

Saya telah memeriksa perkataan siyasah dalam Lisan al-Arab oleh Ibn al-Manzur.

Beliau mencatatkan seperti berikut;

والسِّياسةُ: القيامُ على الشيء بما يُصْلِحه. والسياسةُ: فعل السائس
يقال: هو يَسُوسُ الدوابَّ إِذا قام عليها وراضَها، والوالي يَسُوسُ
رَعِيَّتَه. أَبو زيد: سَوَّسَ فلانٌ لفلان أَمراً فركبه كما يقول سَوَّلَ له
وزَيَّنَ له. وقال غيره: سَوَّسَ له أَمراً أَي رَوَّضَه وذلَّلَه

dan siyasah : menguruskan sesuatu dengan cara yang memberi kebaikan kepadanya. dan siyasah : melaksanakan pemerintahan. dikatakan orang : dia menternak binatang ternakan jika dia berdiri di atas (atau menguruskan; saya tidak pasti dengan terjemahan ini) mereka dan menjinakkan mereka, dan pemerintah menternak rakyatnya. Abu Zaid : Si anu menguruskan urusan untuk si anu lalu dia menunggangnya sepertimana dia mengatakan … dan menghiasi untuknya. dan berkata yang lainnya : dia menternak urusan baginya iaitu melatih dan menjinakkannya.

Saya tidak dapat menterjemahkan bahagian bertanda ... .

Saya akan cuba memeriksa kamus-kamus lain seperti al-Qamus al-Muhit oleh al-Firuzabadi dan sebagainya.

Posted on: 2006/10/13 15:31
Create PDF from Post Print


Re: pemikiran politik kita
Maqam 2
Joined:
2004/12/15 1:00
Group:
Registered Users
Posts: 99
Level : 8
HP : 0 / 198
MP : 33 / 3330
EXP : 94
Offline
MFR: aku berminat lah dengan idea2 hang. Jgn ochikomu ok.

Syahid_zul: dan aku juga senang dgn kata2 zul yg mengatakan mungkin cara kita berbeza, tapi matlamat kita sama..

mcm kata Shah_reza: Idea korang mmg best... tp jgn lupe utk jaga keharmonian dlm berforum ..

dan aku rasa...apa yg aku cakap nih mcm mengulang plak apa yg gakuseishou cakap..

akhir skali..seperti mana kata2 alirfan,
aku punsedar yg ilmu aku cetek..so mmg lah tak layak utk aku cakap banyak2..

Selamat Berpuasa Utk Semua

Posted on: 2006/10/16 10:10
Create PDF from Post Print



« 1 2 3 (4)




Post Reply
Account*
Name   Password    
Message:*


You cannot start a new topic.
You can view topic.
You cannot reply to posts.
You cannot edit your posts.
You cannot delete your posts.
You cannot add new polls.
You cannot vote in polls.
You cannot attach files to posts.
You cannot post without approval.

[Advanced Search]