terima kasih kerana memberi respon. dan terima kasih kerana memberikan nasihat. insyaAllah, saya bukan jenis yang suka pandai memandai dalam memberi tafsir sendiri tanpa berguru.
segala pemikiran saya hari ini adalah datang dari didikan guru-guru saya.Namun jika saya ini orang yg salah dan sesat maka tidak lain,semuanya atas diri saya sendiri atas kelemahan memahami didikan para guru saya.(guru di sini bukan sekadar petik ayat buku,tapi mengikuti kuliah yang diajar oleh guru dalam bentuk individu dan asuhan mereka)
jika ada sebarang pendapat atau pemikiran saya yang bercanggah dengan ajaran islam maka tegurlah saya.
satu lagi, saya tidak akan menyelitkan kata-kata ulama atau ayat quran dan hadis dalam berbicara soal politik ini sebagai hujah,kerana saya khuatir jika saya berbuat demikian seolah-olah saya memperalatkan kata2 ulama,ayat quran dan hadis menyokong pemikiran saya.
walaubagaimanapun,saya sesekali akan petik kata-kata ulama,ayat quran dan hadis
buat renungan, supaya orang tidak mendakwa saya cuba untuk mentafsir sendiri kata2 ulama,ayat quran,dan hadis kerana saya mengakui saya bukan seorang yang layak mentafsir berikutan ilmu saya tidak setinggi mana.Namun saya adalah orang yang mahu pemikiran saya berdiri atas landasan quran dan sunnah.
-----------------------BAB 1---------------------------
(semua tulisan di bawah adalah pendapat peribadi saya,anda bebas menegur atau mengajar saya andai saya tersalah atau tersesat-kerjasama anda amat dihargai)
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Politik yang digunakan di dalam bahasa melayu berasal dari perkataan politics di dalam bahasa inggeris. Jika kita menyemak erti perkataan politik ini sedalam-dalamnya maka kita akan menemui perkataan yang hampir sama bunyi dan maksudnya dalam bahasa latin politicus,Perancis lama politique dan bahasa greek polites ,polis dan lain-lain.
terkandung dalam maksudnya itu ialah berkenaan dengan KUASA atau AUTORITI, hak mengawal,membuat keputusan,hubungan manusia dan kehidupan mereka,tidak terhad kepada persoalan pemerintahan saja tetapi juga boleh berlaku dalam bidang korporat,akademik,dan institusi beragama(agama di sini ialah agama umum bukan ad din).
namun menurut kamus dewan politik adalah apa sahaja berkenaan dengan pemerintahan,kenegaraan,hubungan antara negara dan sebagainya. maksud politik juga adalah kelicikan,muslihat,tipu muslihat.(kita boleh abaikan maksud yang ini kerana berada di luar konteks--atas persetujuan saudara syahid zul bahawa politik itu wajar berteras wahyu)
beberapa definisi individu tentang politik:
1) harold lasswell mendefinisikan politik ialah "who gets what,when,where and how"
2)Mao Zedong si pemimpin komunis mendefinisikan politik ialah peperangan tanpa pertumpahan darah,manakala peperangan ialah politik dengan pertumpahan darah.
Atas sebab respon pertama saudara syahid zul adalah berkisar tentang pemerintahan dan bernegara,maka untuk sesi kali ini saya akan berbicara sudut itu dahulu.
saya berpendapat bahawa POLITIK tidak dapat mendirikan AD DIN tetapi POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.
Rasulullah s.a.w pernah ditawarkan kuasa,harta dan wanita tetapi Rasulullah menolak dan memilih untuk berdakwah semasa di Mekah.
Apabila dijemput oleh orang-orang Yatsrib untuk memimpin mereka,Rasulullah menerima,maka jadilah Rasulullah pemimpin di madinah dan PIAGAM MADINAH menjadi teras undang-undang di sana.
baca piagam madinahdua situasi berkenaanlah menjadi dasar pemikiran saya bahawa POLITIK tidak dapat mendirikan AD DIN,tetapi POLITIK boleh dibawa kepada AD DIN.
AD DIN itu ialah ISLAM.
ISLAM sebagai cara hidup.
renung sebentar:
".....Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu....."(al maidah:3)
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam...."(ali imran:19)
sekiranya kita menjadikan islam sebagai cara hidup maka segala selok belok kehidupan kita mestilah berteraskan kepada ajaran islam.
Politik adalah unsur dalam kehidupan manusia sebagaimana ekonomi,pendidikan,sosio-ekonomi,kemasyarakatan,bernegara semuanya adalah unsur dalam kehidupan. Maka adalah perlu kehidupan ini dibawa kepada petunjuk wahyu iaitu al quran dan juga sunnah Rasulullah supaya Islam tadi dijadikan cara hidup.
Maka mendapatkan kuasa untuk menegakkan islam adalah lemah berbanding menegakkan islam dalam mendapatkan kuasa.
rasulullah tidak mahu kuasa,pangkat atau pengaruh untuk membawa umatnya mengenal Allah dan menyebarkan ajaran islam (di mekah),tetapi apabila rasulullah mendapat kuasa maka rasulullah membawa kekuasaan yang ada itu kepada petunjuk dan ajaran islam berpandukan wahyu Allah (di madinah).
saya tidak berkata bahawa menjadi ahli politik itu haram.saya tidak berkata menjadi peserta dalam pilihanraya untuk meraih undi itu haram.
tetapi yang saya nak tekankan ialah berkejar-kejar bersaing sesama sendiri di kalangan umat islam untuk mendapatkan kuasa demi menegakkan kebenaran adalah strategi lemah berbanding membawa arena dan lapangan politik itu kepada tatacara islam adalah yang kuat dan mengikut sunnah baginda rasulullah.
apabila kita bernegara maka sudah tentu akan timbul bermacam masalah dalam negara kita.
rujuk pasal 47 dalam piagam madinah:
Sesungguhnya piagam ini tidak membela orang zalim dan khianat. Orang yang keluar (bepergian) aman, dan orang berada di Madinah aman, kecuali orang yang zalim dan khianat. Allah adalah penjamin orang yang berbuat baik dan takwa. Dan Muhammad Rasulullah SAW.
keamanan adalah teras kesejahteraan negara.
maka mewujudkan keamanan itu lebih utama. manakala orang yang tidak menitikberatkan keamanan dan menimbulkan huru hara adalah orang zalim lagi khianat.
di dalam konteks malaysia yang pelbagai kaum dan beragama, mewujudkan hubungan yang baik itu adalah utama, manakala mencetuskan huru hara dalam hubungan itu adalah zalim lagi khianat.
jika dengan orang lain agama pun kena buat baik,maka apatah lagi di dalam hubungan sesama saudara seislam mengukuhkan silaturahim dan ukhuwah itu lebih utama,manakala yang mencetuskan situasi persengketaan dan permusuhan itu ialah zalim dan khianat.
jika kita menjadikan islam sebagai cara hidup,maka tentu sekali kaedah islam lah jalan terbaik untuk kita mencari penyelesaian masalah.
islam mengajar musyawarah dalam mencari kata putus.
renung:
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma`afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu
*. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."(ali imran 159)
*maksudnya urusan peperangan dan hal duniawiyah lain seperti politik,ekonomi,hal kemasyarakatan dll.
oleh itu jika umat islam di kalangan ahli politik mengamalkan ajaran islam maka, perbincangan dan mesyuarat itu adalah lebih utama,sedangkan bermusuh caci maki kutuk mengutuk itu adalah zalim dan khianat.
di dalam mesyuarat,pastinya pemimpin umat islam ketika itu adalah sebagai pengerusinya (pada masa sekarang kerajaan yang ditunjangi UMNO dan presidennya Pak lah adalah pengerusi mesyuarat).
kemudian ahli-ahli mesyuarat lainnya bolehlah disertai siapa saja bergantung kepada kapasiti kepakaran dalam sesuatu isu. Jika pihak pembangkang mempunyai kepakaran dalam menguruskan negara yang didakwa sebagai diurus secara tidak betul oleh kerajaan pada hari ini,wajarlah pihak pembangkang yang pakar tadi berbincang dengan pemerintah dan kata putus itu perlulah ditunjangi dengan prinsip quran dan sunnah, dan taatlah kepada kata putus dan pimpinan itu selagi pimpinan itu tidak menyeru kepada yang mungkar dan mencegah kepada yang makruf.
Ad DINUL NASIHAH. agama itu nasihat.
berdakwah itu wajib.
membawa kehidupan (iaitu yg terkandung di dalamnya pelbagai aspek termasuklah politik sebagai salah satu cabangnya) kepada jalan hidup islam secara dakwah itu lebih utama,manakala memaksa sistem kehidupan manusia menerima jalan hidup islam dengan mencari kekuasaan sebagai metod perlaksanaannya adalah zalim dan khianat.
memetik kata-kata saudara helmi
Quote:
Jadi sekarang ni highway dah ada separuh jalan dah, lebih baik kita siapkan highway yg separuh jalan tu dari dok buat highway yg baru. Kalau ada masalah besar ramai2 pakat kongsi insyallah settle gak masalah tu.
saya berhenti sampai sini dulu...boleh bincangkan apa yang saya dah tulis ni.
pada sesi yang berikutnya saya akan ceritakan pemikiran politik saya dalam bagaimana dapat membantu pemerintah membawa negara kepada landasan yang sepatutnya sedangkan kita bukan pemerintah dan tiada kuasa memerintah.
antara isu-isu yang akan saya sentuh berikutnya adalah berkenaan menghapuskan keruntuhan akhlak, membasmi kemaksiatan di dalam televisyen, dunia artis,sikap sekularisme, wahan penyakit cinta dunia,rasuah dan lain2.
sekian dahulu.