Kredit: Tutorial ini ditulis oleh Irfan dari
SangPelangi.com pada 25 Mei 2008 untuk
IPIJ.infoMungkin ada antara kita yang mempunyai dua atau lebih akaun ID Yahoo Messenger untuk mengasingkan skop penggunaan (peribadi atau persatuan atau sebagainya)
Kali ni, saya akan berkongsi bagaimanakah caranya untuk kita login dua atau lebih akaun YM dengan serentak.
1. Anda perlulah mempunyai akaun YM versi 8 atau 9 untuk mencubanya. Kalau masih belum mempunyai YM, boleh dapatkannya dari
laman Yahoo ini.
2. Pastikan anda install YM anda di folder ini
C://Program Files/Yahoo!Messenger
untuk membolehkan patcher mengesan di mana YM anda.
3. Anda perlukan sebuah patcher yang dinamakan "Y! Multi Messenger" melalui
link ini.

4. Selepas memuat turun, anda boleh membukanya (dengan Winzip/Winrar)

5. Aktifkan Y!MultiMessenger. Klik dua kali seperti gambar di bawah. (terpulang sama ada ingin extract atau tidak)



#Patcher Y!MultiMessenger akan melakukan sedikit perubahan pada fungsi di ruangan registry. Sekiranya, perisian antivirus anda menganggap ia adalah tindakan virus, abaikan mesej itu dan izinkan/benarkan ia berfungsi. Ia cuma berlaku pada sesetengah komputer saja. Jika tidak berlaku, boleh teruskan langkah berikutnya.
---Sekarang anda dah aktifkan fungsi Y!MultiMessenger.
6. Cuba login YM anda, masukkan nama ID dan katakunci, tetapi tidak menandakan pada mana-mana fungsi, seperti contoh di bawah.

Ini bertujuan, jika anda terputus koneksi di pertengahan gunaan, ia tidak akan mengganggu proses login untuk akaun ID yang lain.
7. Setelah berjaya login akaun ID yang pertama, mari kita login akaun ID yang kedua pula. Buka perisian YM anda.

dan ulang seperti langkah 6.
8. Ulang langkah 7 sekiranya anda ingin membuka akaun ID yang ketiga atau seterusnya.
9. Nah. Sekarang anda sudah boleh login 2 atau lebih akaun YM dalam masa yang sama.

Selamat mencuba.
P/S: Kalau ada masalah, boleh kita sama-sama tolong ya?